Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 8, 2013

Aku Dah Kata Sebelum Ini: Dua Raja Patut Turun Dan Keluar!

Raja yang tengah padang tu patut keluar padang
Dan.... 
Raja kat atas kerusi tu pun patut turun
Berikan peluang untuk orang lain duduk di padang
Dan berikan peluang orang lain yang lebih berkemampuan duduk di kerusi tu pulak!

Itu pun kalau ada lagi hasrat nak menaikkan sukan ini di mata dunialah... 
Tapi kalau pentingkan duit dan kedudukan, lantak kamulah labuuu....

Dah kalau dah jenis muka tak malu nak wat macam mana?

Aku sendiri dah berpuluh tahun, kurang tegok Bola Sepak Malaysia!
"Putuh angin" kata Orang Kelantan

Kay Kim: Raja patut malu dengan diri sendiri
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
8 Februari 2013
"BILA beliau (Datuk K. Rajagobal) pernah rasa malu, kalah berpuluh-puluh kali pun, dia tak akan malu," demikian kata pengkritik sukan tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim kepada Sinar Harian Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan jurulatih itu yang menyifatkan tiada apa yang perlu dimalukan dengan kekalahan 0-2 ke atas Qatar dalam Kelayakan Piala Asia 2015 kelmarin.

Ini kerana, di sebalik kekalahan tersebut, Harimau Malaya membuktikan mereka mampu memberikan saingan tanpa pemain tonggak.

Kay Kim berkata, Rajagobal sepatutnya malu dengan diri sendiri, bukannya membanggakan skuad kebangsaan.

"Tiada apa yang perlu dibanggakan dengan skuad kebangsaan. Saya melihat sendiri perlawanan tempoh hari.

"Adakah corak permainan yang lemah perlu dibanggakan Rajagobal, saya sendiri tidak faham," katanya.

Tambah Kay Kim, "apa yang saya boleh cakap, Harimau Malaya masih belum mampu untuk bersaing di pentas Asia."

"Malaysia masih ketinggalan berbanding negara Asia lain, khususnya daripada segi taktikal, kepantasan serta fokus ketika mengharungi perlawanan," katanya.

Dalam pada itu, Kay Kim turut menegaskan bahawa ketiadaan tonggak bukan alasan untuk dibanggakan meskipun tewas kepada Qatar tempoh hari.

Sebaliknya, dengan ketiadaan tonggak utama peluang untuk pasukan kebangsaan membuktikan kemampuan.

Dalam perkembangan lain,  Kay Kim turut melahirkan rasa kecewa terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana menolak cadangan menubuhkan sebuah jawatankuasa pemilihan pemain untuk mewakili negara.

“Pandangan seorang individu (jurulatih) dengan pandangan ramai individu banyak bezanya.

"Sekali lagi saya tegaskan penubuhan jawatankuasa pemilihan ini sangat penting," jelas beliau.

Dalam laporan semalam, Rajagobal berkata beliau tetap bangga dengan corak permainan dan komitmen yang dipamerkan skuad Harimau Malaya biarpun tumpas 0-2 kepada Qatar.

Beliau berkata, walaupun skuad negara turun tanpa beberapa tonggak utama, mereka mampu memberi tentangan hebat kepada pasukan lawan.

"Kita bermain dengan Qatar yang merupakan sebuah pasukan kuat. Nasib menyebelahi Qatar untuk menjaringkan gol pertama manakala gol kedua mereka diperoleh pada saat-saat akhir.

"Situasi ini menunjukkan kita mampu memberi tentangan yang hebat kepada Qatar, mereka juga tidak menjangka skuad Malaysia bermain dengan baik," katanya.

Rajagobal berkata, beliau bukan mahu mempertahankan anak buahnya kerana skuad Harimau Malaya sememangnya telah mempamerkan corak permainan yang positif.

"Apa pun, saya fikir semua perlawanan memberi pengajaran dan pengalaman yang banyak kepada setiap pemain dan mereka juga sedar bahawa mereka perlu bermain dengan lebih baik pada masa akan datang," katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata skuad Harimau Malaya mempunyai masa kira-kira sebulan untuk mempersiapkan diri menghadapi Yemen pada aksi kelayakan kedua di sini pada 22 Mac, dan berharap pemain dapat menimba pengalaman hasil pertemuan dengan Qatar.

"Saya mahu mereka mengekalkan konsistensi mereka untuk perlawanan menentang Yemen kelak," katanya.

2 comments:

  1. Raja kena keluar, jangan masak resepi yang sama .... mual. Tiap jurulatih ada resepi taktikal sendiri. Apa faedah di kekal Raja niee.. kalau keputusan yang sama saja. Nie yang susah kalau Raja jadi pentadbir. Bagi rakyat buat kerja nie semua ...

    ReplyDelete
  2. Anon 10:27 PM

    Yang menjadi masalah besar bila tidak boleh terima teguran. Raja satu lagi pula degil dan besar kepala.

    Dia lupa kot yang Bola Sepak adalah hak rakyat!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa