Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 26, 2013

Mahathir: Dikejar Hantu Ciptaanya

Kesiann.... 
Rupanya Mahathir meracau melalut kerana takutkan hantunyasendiri 
Hantu dari dosa-dosanya lalu sedang mengejar kehidupan Mahathir
Anwar tidak berdendam dengan Dr M, mahu industri besar bebas nepotisme

TERKINI @ 02:10:30 PM 26-02-2013
OLEH NOMY NOZWIR
FEBRUARY 26, 2013
PETALING JAYA, 26 Feb — Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tiada dendam peribadi terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun terus menyerang peribadi pemimpin itu, sebaliknya hanya menggesa agar ahli keluarga menteri tidak terlibat dalam industri besar.

Ketua Pembangkang itu menegaskan, beliau menggunakan Dr Mahathir sebagai contoh bagaimana kuasa digunakan untuk kekayaan keluarga.

“Anak bekas PM, antara orang paling terkaya di Malaysia, begitu juga dengan anak-anak menteri lain,” katanya semasa sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

“Saya tidak ada dendam kesumat, dendam peribadi dengan Dr Mahathir, saya tak faham kenapa dia nak serang saya. Saya gunakan contoh beliau, sebagai contoh kuasa digunakan untuk kekayaan keluarga.”

Pemimpin pembangkang itu menjelaskan, anak-anak pemimpin tidak seharusnya terlibat dalam perniagaan industri besar, sambil merujuk penglibatan anak Dr Mahathir, Mirzan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat petroleum yang berpengkalan di Manila, Petron.

“Mereka menggunakan isu ketuanan Melayu, tetapi menaikkan anak-anak, yang ini tidak mungkin kita pertahankan,” kata Anwar lagi.

Semalam, bekas perdana menteri itu di dalam blognya chedet.cc, mempertahankan anak lelaki sulungnya Mirzan, yang pernah menjadi ahli lembaga pengarah syarikat yang berpangkalan di Manila, San Miguel Corp dan kini di syarikat petroleum Petron, sering menjadi mangsa  fitnah oleh Anwar dan ahli politik PR.

“Setelah fitnah dilempar kepadanya, anak saya letak jawatan. Sekarang dia hanya menjadi pengarah dalam syarikat minyak Petron” kata Dr Mahathir lagi.

“Jika anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya tak boleh berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar? Dah tak ada modal politik dah ke?”

Bekas presiden Umno itu menambah beliau tidak pernah memberi apa-apa kepada keluarganya atau rakannya semasa berkuasa, tidak seperti Anwar, yang gemar untuk memilih keluarga dan rakannya untuk jawatan politik tertinggi dan perniagaan.

Dr Mahathir yang dilihat sering mengkritik anak didik beliau yang diharap dapat menjadi penggantinya pada 1990an namun dipecat pada 1998 selepas tuduhan liwat dan rasuah.

5 comments:

  1. Dah hilang akal ke apa worang tua ni......dia je yg betul? kah kah kah. Apa dia buat semua betul, sapa yg tegur semua salah....kah kah kah.....mudah2an panjang umur si baghal tua ni!

    ReplyDelete
  2. dulu masa ada kuasa sokong amerika britain bila hilang kuasa banyak pula tuduhan kepada negara tersebut sebagai penjenayah perang- dia sedang beperang dengan perasaan dia sendiri tu yang nampak macam tak ketahuwan

    ReplyDelete
  3. cialis for daily use no prescription skin by
    - [url=http://genericcialis-usa.com/#75996]buy generic cialis online
    [/url] cialis 20mg msn messenger
    http://genericcialis-usa.com/#47490 viagra, cheap viagra, cheap viagra online, cialis ,cheap cialis ,online viagra ,online pharmacy, cialis online, cialis generic, cheap cialis noprescription, cheap cialis with no prescription, cheap viagra online,online pharmacy,

    ReplyDelete
  4. can viagra and cialis treat other health issues?
    [url=http://pharmshop-online.com]generic cialis[/url] cialis heart palpitations
    generic cialis - cialis presciption form gp
    cialis in australia

    ReplyDelete
  5. cialis 20mg pills users browsing this forum
    [url=http://pharmshop-online.com]generic cialis[/url] does cialis really work?
    generic cialis - cialis review
    site%3apharmacy-deal.com]cialis[

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa