Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 28, 2013

Situasi Pelik Di Lahad Datu

Walau pun gerombolan penceroboh membawa senjata dan berani pula melepaskan tembakan amaran terhadap anggota keselamatan kita, kita masih diam dan masih belum ada apa-apa tindakan dibuat
Nak tunggu apa?
Nak tunggu jadi macam mana?

Kalau Ustaz dan orang kampung rakyat kita, senang-senang ditembak dan dibunuh!
Tapi bila berhadapan penceroboh tanah air dengan senjata lengkap, kita boleh pula berunding dan setakat kepung saja.

Mengapa pihak keselamatan kita masih teragak-agak?
Nak kata takut, mustahil tentera dan polis kita gentar
Ini pasti tunggu arahan yang tak kunjung tiba...
Ceroboh Lahad Datu: Tiada Perubahan Timbul Laporan Serangan Berlaku
TANJUNG LABIAN (LAHAD DATU): Pencerobohan Sulu yang berterusan berlaku di daerah pantai timur Sabah masih tidak berubah bagi minggu ketiga pada Khamis.
Beberapa laporan menimbulkan serangan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan terhadap kumpulan itu.
Satu laporan mendakwa beberapa tentera datang mendekati Kampung Tanduo di mana telah dikepong oleh para pengikut Kesultanan Sulu.
Kehadiran anggota keselamatan yang ramai dilihat di beberapa lokasi strategi di sekeliling kawasan kampung di tepi pantai itu pada lewat Rabu.
Polis Sabah turut enggan mengulas mengenai sekiranya tembakan dilepas di kawasan tersebut pada petang Rabu walaupun penduduk kampung berhampiran ada mendengar bunyi berkenaan.
Ketua kumpulan Sulu, Rajah Muda Azzimudie Kiram memberitahu media Filipina bahawa anggotanya telah melepaskan tembakan sebagai amaran selepas mengesan apa yang didakwanya terdapat enam anggota keselamatan Malaysia memasuki kampung itu.
Walaupun mendakwa datang ke Sabah secara aman, Azzmudie memberi amaran bahawa para pengikutnya bersedia untuk “menentang sehingga bermati-matian sekiranya membangkitkan kemarahan mereka.

1 comment:

  1. Saya ada terbaca MNLF akan menghantar orang mereka jika orang sulu dilahad datu diserang. Mungkin itu sebabnya ???

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa