Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 21, 2013

Peraturan Gila!

Gila!
Itulah satu perkataan yang sepadan rasanya
Aku rasa undang-undang di negara komunis pun di berikan hak merayu
Nampak benar yang FAM galak menghukum dan mendenda
Bukannnya galak berusaha naikkan taraf dan mutu bola sepak

Selepas Annuar Musa kini tiba giliran Shahidan pula
Di waktu yang sama KAFA juga didenda dengan satu jumlah yang agak besar dan dinafikan hak rayuan
Begitu juga Shahidan dikenakan denda yang jumlahnya bukan sedikit juga dinafikan hak merayu
Tetapi dalam pada FAM sedang galak mencari salah orang mutu bola sepak negara kendalian FAM sudah menjadi buah busuk yang semakin reput
Tak siapa pun cuba mencari di mana silapnya tetapi sebaliknya asyik mencari silap orang
Hanya di atas kesalahan menegur/mengkritik!

FAM denda Kafa RM62,500
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
20 Februari 2013
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mendenda Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)  RM62,500 atas empat pertuduhan, yang membabitkan keselamatan sewaktu perlawanan menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, 15 Januari lalu.

Hukuman diputuskan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman yang menetapkan bahawa persatuan itu tidak boleh mengemukakan rayuan.

Menurut Ednan, berdasarkan bukti-bukti yang diterima badan induk itu, Kelantan didapati bersalah walaupun pasukan itu menafikannya.
Bagi pertuduhan pertama, Kafa didenda RM20,000 kerana kejadian balingan mercun dalam stadium dan didenda RM 2,500 lagi atas insiden penonton melontar objek ke dalam padang.

"Pertuduhan ketiga, Kelantan perlu membayar RM20,000 atas kesalahan penyokong mereka melontar objek kepada penyokong Johor," kata Ednan.

Tambah Ednan, "untuk pertuduhan terakhir, The Red Warriors didenda RM20,000 kerana gagal mengambil langkah-langkah keselamatan di dalam stadium."

"Sehubungan itu, Kelantan tidak dibenarkan membuat rayuan kerana hukuman yang diputuskan adalah minimum,” katanya  ketika sidang media Jawatankuasa Tatatertib Disiplin di Wisma FAM, hari ini.

Dalam pada itu, Ednan turut mengumumkan Kelantan mungkin bermain dalam stadium kosong pada perlawanan akan datang jika Kafa masih gagal mengawal tingkah laku penyokong mereka.

Menurutnya, jawatankuasa disiplin akan memantau perlawanan Kelantan menentang Perak pada 1 Mac 2013.

“Sepatutnya Kelantan juga  dijatuhkan hukuman bermain tanpa penyokong, tapi pihak jawatankuasa memberi mereka peluang dan menangguh hukuman itu buat masa ini.

“Jika kami puas hati dengan disiplin penyokong di stadium, mungkin Kelantan tidak akan bermain dalam stadium kosong untuk perlawanan seterusnya,” jelas beliau lagi.

Di bawah pula berita Shahidan

FAM gantung Shahidan 30 bulan, denda RM39,000
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
20 Februari 2013
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim digantung 30 bulan dan dikenakan denda keseluruhan RM39,000.

Hukuman ke atas Shahidan berkuas kuasa selepas surat rasmi dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam tempoh 14 hari.

Hukuman diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang hampir tiga jam hari ini.

Ia turut menetapkan Shahidan tidak boleh mengemukakan rayuan.
Perkara itu diumumkan  sendiri oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman.

"Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang menganggap Shahidan menghina FAM kerana enggan memberi maklum balas surat yang dikemukakan badan induk itu, dan disebabkan itu beliau perlu membayar RM1,000 bagi tuduhan pertama.

"Beliau juga didenda RM20,000 kerana mengeluarkan kenyataan akhbar yang menyalahi Artikel 88.

"Pertuduhan ketiga beliau digantung minimum dua tahun enam bulan beserta RM10,000 atas kesalahan tatatertib Perkara 18.5 dan RM8,000 atas kesalahan bercanggah,"  kata Ednan pada sidang media Jawatankuasa Tatatertib di Wisma FAM, hari ini.

Hukuman itu diputuskan selepas jawatankuasa mendapati Shahidan bersalah membuat kenyataan yang menyentuh pentadbiran FAM, sekali gus melanggar Artikel Statut 88.

Menurut Ednan, sepanjang tempoh penggantungan tersebut, Shahidan tidak boleh  terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak.

Ini bermaksud Shahidan hilang status sebagai Presiden PFA.

"Dan, ia akan berkuat kuasa selepas FAM mengeluarkan surat kepada Shahidan dalam tempoh 14 hari," jelas beliau.

1 comment:

  1. gila, semuanya takle komen. bawa masuk senjata kedlm stadium mcn nak gi perang, blh pulak.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa