Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 27, 2013

Puuh....Hebatnya Anwar, Erdogan Pun Dengar Cakap Dia!

Mengapa sangat takut Anwar? Blog dakwa Anwar sabotaj projek RM17.6 juta di Turki

KUALA LUMPUR - Benarkah projek penswastaan jambatan dan lebuh raya bernilai AS$5.72 bilion (RM17.6 bilion) di Turki yang sebelumnya tender itu dimenangi oleh UEM Group Bhd. (UEM), telah disabotaj oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Itulah persoalan yang ditimbulkan laman blog Gelagat Anwar hari ini.
Menurut laporan laman blog Gelagat Anwar, projek yang dikatakan bernilai RM17.6 bilion itu dibatalkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan kerana penglibatan Anwar. Projek itu juga, kata blog tersebut, dikatakan akan diberikan kepada beberapa syarikat Malaysia (didakwa sebagai konsortium DAP-PKR).
Menurut laporan portal The Financial Times, Erdogan yang mempengerusikan satu jawatankuasa kerajaan telah membatalkan projek tersebut selepas mendakwa penswastaan yang dibuat melalui proses bidaan gagal menghasilkan pulangan yang besar.
Satu laporan sebelum ini menyebut, agensi penswastaan Turki mendapati nilai tender yang dimenangi oleh konsortium yang turut disertai UEM terlalu rendah.
Konsortium tersebut ditubuhkan dengan usahasama UEM, Koç Holding (Koc) dan Gözde Girisim Sermayesi Yatirim Ortakligi (Gozde) dengan UEM memegang 40 peratus kepentingan dalam konsortium berkenaan, manakala Koc dan Gozde masing-masing memegang 40 peratus dan 20 peratus.
Disember lalu, mereka memenangi tender tersebut bagi mengendali dan menyelenggara lebuh raya bertol sepanjang 1,975 kilometer, dua jalan sambungan serta dua buah jambatan untuk tempoh 25 tahun. Projek itu termasuklah jambatan Bosphorus dan jambatan Fatih Sultan Mehmet yang menghubungkan benua Eropah dan Asia.
Laporan penuh boleh dibaca dengan klik link gelagatanwar.wordpress
Berita mengenai pembatalan projek itu pula boleh dibaca di link ini: theedgemalaysia.com dan utusan.com.

- sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa