Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 28, 2013

Majoriti Rakyat Marah Projek Mandaliar Di Sabah!

Rakyat Sabah terhina gara-gara Mandaliar gilakan kuasa
Bolehkah diudurkan perahu yang telah sengaja dilajakkan?

Majoriti pengundi tidak gembira dengan ‘Projek IC’ di Sabah
KUALA LUMPUR — Sembilan daripada 10 pengundi tidak bersetuju dengan langkah Putrajaya memberi kewarganegaraan kepada warga Indonesia dan Filipina untuk tinggal dan mengundi di Sabah, berdasarkan tinjauan pengundi berikutan pendedahan semasa Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai kebanjiran warganegara asing sejak 20 tahun lalu di negeri tersebut.
Merdeka Center, yang melakukan tinjauan bebas ke atas 1,021 pengundi di Semenanjung Malaysia pada akhir Januari berkata, 86 peratus mengatakan mereka tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan yang digelar “Projek IC” sehingga menyebabkan peningkatan mendadak populasi di negeri Di Bawah Bayu itu.
Tinjauan tersebut menunjukkan 60 peratus pengundi percaya sebahagian besar warga asing mendapat kad pengenalan biru untuk menunjukkan status mereka sebagai warganegara.
Isu yang berbangkit mengenai pendatang haram tidak dikaji berdekad lama menyebabkan kemarahan di kalangan rakyat Sabah khususnya kaum asli seperti Kadazandusun dan Murut, yang merasakan negeri mereka dicabul kedaulatannya dengan kebanjiran pendatang asing dari Filipina dan Indonesia.
Lebih suku daripada populasi di Sabah ialah pendatang asing, sejumlah 889,000 dari 3.2 juta penduduk, iaitu 28 peratus berdasarkan bancian 2010.
Sabah mempunyai 926,638 pengundi menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris The Star pada Jun.
Kehadiran pendatang asing dalam jumlah yang besar membimbangkan penduduk Sabah, selain turut menyalahkan mereka berikutan peningkatan jenayah dan kekurangan peluang pekerjaan.
Selain itu, baru-baru ini lebih 100 orang bersenjata dari Filipina menceroboh Lahad Datu dan mendakwa Kesultanan Sulu memiliki Sabah sejak 2009 serta enggan meninggalkan kawasan berkenaan.
Melihat kepada masalah kebanjiran pendatang asing, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razik bersetuju untuk mengadakan inkuiri suruhanjaya diraja (RCI) bagi mencari jalan penyelesaian.
Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama memerintah Malaysia bermula 1981 hingga 2003, dituduh sebagai dalang dalam “Projek IC”, dimana kewarganegaraan diberi untuk mendapatkan undi.
Namun bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh yang mentadbir negeri itu dari 1976 hingga 1985 menafikan kewujudan “Projek IC”.
Dr Mahathir dalam sidang media bulan lalu berkata warga asing di Sabah sememangnya layak mendapatkan kewarganegaraan, tetapi menegaskan ia “masih mengikut undang-undang”.
Inkuiri yang diketuai oleh bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong akan disambung semula pada 5 Mac.
Tinjauan 23 Januari hingga 6 Februari yang dibiayai Merdeka Center melihat kepada persepsi pengundi menjelang pilihan raya ke-13 tidak lama lagi, dengan ralat sebanyak 3 peratus.
Badan peninjau itu berkata tinjauan itu dilakukan selepas 12 Januari, iaitu Perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan pemimpun Pakatan Rakyat (PR) di ibu negara dan juga liputan media mengenai inkuiri suruhanjaya diraja mengenai Projek IC di Sabah.
Ia juga bertanya pelbagai isu, termasuk mengenai peniaga permaidani Deepak Jaikishan, kenyataan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan yang sering bertentangan dengan kerajaan dan isu kalimah Allah.

1 comment:

  1. Abe,

    Projek IC Mahathir adalah satu pengkhianatan paling jahat kepada orang melayu yang telah menyokong kepimpinannya selama ini. Ia adalah penjualan hak keistimewaan orang melayu dan bumiputra seperti termaktub dalam perkara 153 perlembagaan kepada orang asing secara menipu, secara rahsia semata-mata untuk memastikan dia terus kekal dipuncak kuasa.

    Bagi rakyat Sabah ia adalah juga satu pengkhianatan kerana cuba mengubah dan menukar demografik kaum yang ada sejak turun menurun secara haram.

    Perkara 153 adalah hak unik kepada orang melayu dan bumiputra yang hanya terdapat di Malaysia. Hak ini kita tak boeh bawa dan guna dinegara lain sekiranya kita berhijrah ke negara lain.

    Alangkah bertuahnya PATI-PATI ini yang mendapat taraf kerakyatan melalui projek IC ini. Secara otomatiknya mereka memperolehi satu anugerah atau satu " pintu kekayaan" baru yang tidak pernah mereka impikan di negara asal mereka. Maknanya, apa juga faedeah yang orang melayu di negara ini dapat, mereka juga dapat. Yang paling menakjubkan mereka, mereka tiba-tiba mendapat kedudukan yang teratas/istimewa bersama-sama dengan orang melayu/bumiputra dalam hiraki/strata kaum-kaum yang terdapat dinegara ini - semata-mata kerana ada seorang yang begitu jahat perut pedalnya yang mahu mengekalkan kekuasaannya walau dengan apa cara sekalipun....hanya kerana seorang "madman".

    JAdi sekarang ini kita kena berkongsi segala-galanya dengan PATI_PATI yang susah dan merempat dinegara asal mereka ini sampai bila-bila. Hak kita, hak anak cucu kita didilute tanpa pengetahuan dan kerelaan kita. Sebut sahaja apa hak kita - mereka juga dapat.Tidakkah ini satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan.

    Itu satu pengkhianatan. Najib juga tidak mahu kalah dengan Mahathir dalam usaha mengkhianati orang melayu. Najib dalam ucapannya di Penang sekitar tahun baru cina menyatakan - kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengiktiraf "INDIAN MUSLIMS" sebagai bumiputra!

    Ini adalah pengkhianatan yang berganda ( double treacheries), Abe. Lagilah terdiluted hak kita, hak anak cucu kita di bawah perkara 153 perlembagaan. Isu ini bukan alat permainan untuk meraih sokongan politik atau undi semasa PRU ketika tersepit. Ini hak keseluruhan orang melayu YANG BERJUMLAH 18 JUTA.NOT NEGOTIABLE IN WHATEVER CIRCUMSTANCES! IA BUKAN HAK MULAK ORANG UMNO YANG BERJUMLAH 3.5 JUTA SAHAJA YANG JELAS ADALAH KELOMPOK MAJORITI DIKALANGAN KESELURUHAN ORANG MELAYU DINEGARA INI !!

    bat8

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa