Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 20, 2013

DUN Selangor: Nampaknya Khir Toyo Terima Kenyataan

Walau pun masih keliru tentang siapa kerajaan dan siapa pembangkang di DUN Negeri Selangor tetapi dia telah menerima kenyataan

BN Selangor kalah 17 kerusi Cina
Muda Mohd. Noor | February 20, 2013

Kerusi berkenaan ialah kawasan parlimen Kelana Jaya, Subang, Petaling Jaya Utara dan Petaling Jaya Selatan yang kini dikuasai pembangkang.

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo meramalkan Barisan Nasional akan kalah di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan ramai pengundi Cina.

Kata Adun Umno Sungai Panjang, sembilan kerusi terletak di empat kawasan parlimen yang dikuasai pembangkang iaitu Kelana Jaya, Subang, Petaling Jaya Utara dan Petaling Jaya Selatan.

Manakala bakinya iaitu lapan kerusi lagi di beberapa kawasan lain yang ramai pengundi Cina, kata Dr Mohd Khir.

Menurutnya, 17 kerusi DUN berkenaan mempunyai majoriti pengundi Cina atau pengundi bercampur – pengundi Melayu dan Cina sama ramai.

Selangor mempunyai 56 kerusi DUN dengan Pakatan Rakyat menguasai 36 kerusi dan BN 20 hasil pilihan raya umum 2008.

Pada pilihan raya itu juga, Pakatan Rakyat mengambilalih kepimpinan kerajaan negeri dari BN.

“Pengundi Cina masih sama dengan tahun 2008 iaitu menolak BN dan mengundi Pakatan Rakyat.

“Paling baik pun, peluang BN dan Pakatan Rakyat di Selangor adalah 50-50,” kata Dr Mohd Khir  lagi.

Pengundi Cina lebih 30 peratus

Malah, kata Dr Mohd Khir, secara keseluruhannya untuk kawasan-kawasan lain DUN dan parlimen lain di Selangor juga, pengundi Cina masih menolak BN.

Katanya, lebih 30 peratus pengundi di Selangor merupakan kaum Cina dengan sebahagian besar tinggal di bandar-bandar utama.

Bagaimanapun, katanya, orang Melayu yang  banyak tinggal di Sabak Bernam, Sepang dan Kuala Selangor serta Shah Alam menyokong BN.

Katanya, Umno turut dibantu dengan isu kalimah Allah yang menyebabkan pengundi PAS berpaling tadah kepada BN.

“Tidak ada cara lain jika mahu menang, BN mesti mendapatkan pengundi kaum Cina,” katanya lagi.

Dr Mohd Khir berkata, wakil rakyat Umno sedia ada perlu memberi laluan kepada muka baru jika mereka sudah tidak popular.

Katanya, jika rakyat mahu muka baru mewakili mereka, wakil rakyat sedia ada perlu berundur.

Dalam isu berkaitan,  bekas Menteri Besar Selangor itu mendakwa tidak ada pembangunan di negeri itu yang dibawa oleh  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, ini kerana Menteri Besar itu lebih gemar menyimpan wang di bank daripada digunakan untuk pembangunan negeri.

2 comments:

  1. Menyimpan wang adalah lebih baik dari membelanja dengan membazir atau mengayakan kroni kroni.. atau pun menggunakan kepada projek yang tidak mendatangkan menafat kepada rakyat..

    ReplyDelete
  2. hahaha... oleh kerana anda tidak ada ilmu eknomi ... maka anda berkata begitu...... buka mata dan baca buku eknomi .... lihat dan fikir guna otak .... sama ada statement anda itu betul atau salah ......

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa