Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 28, 2013

Mamak Tua Mengaku Tapi Berdalih....

Mamak Mahathir kata Tunku Abdul Raman pun berikan kerakyatan selepas merdeka
Maknanya dia salahkan Almarhum Tunku juga
Sedarkah dia kalau Almarhum Tunku tak berikan kerakyatan ketika itu, bapaknya pun tidak akan jadi warganegara Malaya dan dia pun tidak akan menjadi Perdana Menteri!

Apa pun dia telah mengaku memberikan kerakyatan kepada Pendatang Asing tetapi dia kata ikut prosedur yang betul
Kalau ikut prosedur yang betul kenapa lembu-lembu suruhan ini dikambing hitamkan pula dan ditahan bawah ISA?

Ini bermakna ada pihak yang nak lepaskan tengkok

‘500,000 pendatang terima IC biru atas arahan Mustapha Harun’
TERKINI @ 06:09:36 PM 28-02-2013
FEBRUARY 28, 2013
Siti Aminah berkata dia bersama ahli Umno yg lain bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ketua kampung untuk mengeluarkan 500,000 IC biru kepada pendatang Filipina dan Indonesia pada 1990 ke 1994

PETALING JAYA, 28 Feb – Bekas ahli Umno mendakwa kira-kira 500,000 kad pengenalan biru (IC) diberikan kepada pendatang dari Filipina dan Indonesia di Sabah sekitar awal 1990an atas arahan Ketua Umno Sabah ketika itu,Tun Datu Mustapha Harun.

Siti Aminah Mahmud, yang bekerja secara sukarela di Pejabat Umno di Kota Kinabalu hari ini berkata, Mustapha, yang menjawat jawatan ketua menteri pada 1967 hingga 1975, berkata kepadanya, IC berkenaan diberikan untuk menyingkirkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Datu Mustapha kata ini projek (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Jangan takut kena tangkap,” kata Siti Aminah ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, merujuk kepada perbincangan Mustapha kepadanya dan juga ahli Umno di Kota Kinabalu pada 1990.
“Datu Mustapha kata ia untuk meningkatkan pengundi Melayu untuk menjatuhkan PBS,” kata wanita berusia 62 tahun itu lagi.
Jelas Siti Aminah, dia bersama ahli Umno yg lain bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ketua kampung untuk mengeluarkan 500,000 IC biru kepada pendatang Filipina dan Indonesia pada 1990 ke 1994 di beberapa kawasan di Sabah, termasuk Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, dan Semporna.
Tambahnya, dia ditahan di bawah Akta Dalam Negeri (ISA) pada 1995 hingga 1997 kerana didakwa mengeluarkan IC palsu dan memalsukan dokumen JPN.
Pilihan Raya Negeri Sabah pada 1994 menyaksikan PBS hanya memenangi 25 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Namun beberapa wakil rakyat PBS kemudiannya menyertai Barisan Nasional (BN) menyebabkan kerajaan itu tumbang.
Mustapha, yang merupakan pengasas parti  United Sabah National Organisation (USNO), dianggap sebagai parti bapa kemerdekaan Sabah kerana rundingan berkenaan kebebasan negeri tersebut pada 1963, sebelum meninggal dunia pada 1995 ketika berumur 76 tahun.
USNO menyertai Berjaya, diketuai bekas Ketua Menteri Sabah  Tan Sri Harris Salleh untuk membentuk Umno Sabah selepas PBS menewaskan Berjaya pada 1990.
Dr Mahathir, perdana menteri paling lama berkhidmat sejak 1981 hingga 2003 dituduh menjadi dalang kepada skandal "Projek IC", yang mana kerakyatan didakwa diberikan kepada pendatang asing untuk membolehkan mereka mengundi.

Beliau pada sidang media bulan lalu mengakui pendatang di Sabah diberikan kerakyatan, namun menegaskan ianya dilakukan mengikut "prinsip undang-undang."
Harris, yang mentadbir negeri tersebut sejak 1976 hingga 1985 bagaimanapun membuat penafian ketika Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing di Sabah dalam "Projek IC".
Lebih sat suku daripada populasi di Sabah adalah pendatang asing, sekitar 889,000 daripada 3.2 juta populasi keseluruhan di Sabah, atau 28 peratus, berdasarkan bancian pada 2010.
Sabah mempunyai 926,638 pengundi berdaftar, berdasarkan laporan akhbarThe Star pada Jun lalu.
Siti Aminah berkata, satu no kad pengenalan akan dikeluarkan kepada 20 hingga 30 orang.
"Satu alamat digunakan 20 orang," katanya.
"Di satu-satu kawasan, akan ada ketua yang akan menghimpunkan orang ramai. Bila kami tiba, kami akan dapatkan nama mereka. Kami tidak bertanyakan agama mereka. Kami hanya melihat jika mereka mempunyai nama Muslim. Jika tidak, kami akan menukarkannya, dan mengambil gambar serta cap ibu jari kemudian menghantarnya ke pejabat Umno," tambahnya.
Kad pengenalan biru itu jelas Siti Aisyah akan diserahkan dalam tempoh sebulan dan dihantar dalam karung kepada ketua kampung.
"Kami akan mengarahkan ketua kampung,'Tok, arahkan penduduk kampung mengundi Umno," katanya.
Siti Aminah, yang kini merupakan ahli PKR berkata beliau tidak mengetahui sekiranya pendatang berkenaan diberikan bayaran untuk IC tersebut.
Pegawai atasan Cawangan Khas Supt Ahmad Fauzan Mohamad dalam testimoninya di RCI minggu lalu berkata sindiket yang melibatkan Pengarah JPN ketika itu mengaut sejumlah RM11 juta daripada penjualan IC kepada pendatang terbabit.
Katanya lagi, tiada seorang pun daripada 94 individu berkenaan, yang ditahan di bawah ISA bermula 1995 hingga 2001 kerana penglibatan mereka dibicarakan di mahkamah.
Siti Aminah berkata lagi, dirinya masih belum dipanggil untuk memberi keterangan dalam RCI.
Beliau turut menegaskan nama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketika itu timbalan perdana menteri tidak pernah disebut dalam "Projek IC."
"Anwar menentang Datu Mustapha dan Megat Junid dalam Projek IC," katanya.
Siti Aminah berkata, menurut Mustapha, "Projek IC" di bawah Haris diberikan kod "03" dan "04", manakala "05" ketika pemerintahan Dr Mahathir.

4 comments:

  1. Minah jangan dok temberang. Masuk kandang kot nanti. PDRM siasat kenyataan wanita ini jika betul. Jika tidak apa lagi ke dalam kandang le

    ReplyDelete
  2. madey mamak pedukang akan buat apa utk lepaskan diri! ingat sejarah kerajaan kesultanan mlayu melaka sapa yg buat pintu kota bagi askar portugis msk! kalau bukan moyang madey...ingat peristiwa ini akan berulang

    ReplyDelete
  3. Mari kita dapatkan ic yg berkod '03', '04' dan '05'. ambil gambar ic itu dan post kan ke dlm blog, web dan sebagainya. kemdian kita berarak dan tuntut ic-ic ini tidak layak mengundi dan kita rampas. pastu pelan-pelan kita sumbat Mahashit dlm penjara sebab mengkhianat negara.....

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan.

    Saya teruja bila sekali lagi tuan mengutarakan kes Siti Aminah dengan pendedahan memberi IC biru kepada warga asing sehingga 500,000 orang sekitar tahun 1990an.

    Terlalu menakutkan walaupun Siti Aminah menjelaskan mengikut peraturan undang-undang dan ianya tidak dinafikan didalam Perlembagaan Malaysia. Akan tetapi apabila didakwa mengeluarkan IC palsu dan dikenakan ISA kenapa IC-IC palsu itu tidak ditarikbalik.

    Rakyat Sabah dan generasi-generasi akan datang akan bersaing mendapatkan peluang pekerjaan, perumahan dan lain-lain apabila rakyat asing dan generasi2nya sama-sama mendapatkan haknya sebagai warga negara. Tak dapat dibayangkan....

    Inilah dia lagu Anak Kecil Main Api yang dinyayikan oleh UMNO semasa perhimpunan Agung Umno temphari.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa