Kira-kira 1,000 biji epal hijau diedarkan hari ini di sekitar Bukit Bintang oleh sebuah badan di bawah Dewan Muslimat PAS bagi memberi kesedaran kepada wanita muda agar keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi Ameerah Malaysia, Fareedah Samad berkata, program yang diberi nama Gelombang Epal Hijau itu juga bertujuan untuk memberitahu masyarakat tentang lapan tawaran yang dibawa oleh Ameerah Malaysia.
Menurut Fareedah, program anjuran badan yang berada di bawah lajnah politik muslimat muda, dewan muslimat PAS itu juga dihadiri kira-kira seratus sukarelawan Ameerah Malaysia yang ditugaskan memberi epal kepada orang ramai sekitar Bukit Bintang.
Selain itu, Fareedah berkata, pihaknya juga merancang untuk membuat "flash mob" di hadapan pusat membeli-belah Pavillion.
Bagaimanapun, mereka telah dihalang oleh dua anggota polis bantuan pusat membeli-belah itu serta diminta bersurai segera.

Berikutan itu, Fareedah berkata, pihaknya hanya berkumpul selama 10 minit dan turut mendeklamasikan sajak sebelum bersurai.
"Program Gelombang Epal Hijau ini memberi lapan tawaran kepada wanita muda.
"Walaupun terdapat sedikit gangguan daripada pihak polis bantuan, tetapi kita ada buat deklamasi sajak bagi menghargai wanita muda supaya lebih ramai akan terlibat dan keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
"Kita memberi epal hijau kerana , epal hijau ini sinonim dengan wanita muda kerana epal hijau ini memberi kesihatan serta warnanya dekat dengan wanita muda," kata Fareedah dalam sidang media di ibu negara hari ini.

SubhanAllah,
ReplyDeleteLihat bagaiman sopan muslimat Islam Melayu berarak, hanya untuk meminta perempuan muda mengundi..... Menunaikan hak.....
BANDING DENGAN POMPUAN-POMPUAN perkasa(m) yang konon membela kalimah ALLAH tapi MENGHINA ISLAM dengan pakaina separuh bogel dan bercampur gaul dengan bukan muhrim terkinja-kinja.
Wahai Katak... Jangan menghina Islam dalam bentuk membela Islam.
Tokwan Perak.