Agak apa kata pengundi India?
MIC pun dah meluat dan marah kepada Brehem Katak - baca Perkasa
Kalau Pengundi India lari, bukankah BN yang tertimpa bala?
Perkasa cabar Balasubramaniam tunjuk bukti
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, kegagalan Balasubramaniam berbuat demikian menunjukkan wujud konspirasi dengan sekumpulan peguam propembangkang untuk memburuk-burukkan Najib dan kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Menurut beliau, Balasubramaniam dan pembangkang cuma ingin menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan menerusi ceramah-ceramah berunsur retorik yang disampaikannya.
"Kalau sekadar berceramah di merata-rata tempat tanpa menunjukkan bukti, sesiapa pun boleh buat.
"Selagi Balasubramaniam tidak dapat membuktikan dakwaannya, rakyat tidak sewajarnya percaya dengan tuduhan karut yang dilemparkan terhadap Najib," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah semalam mendakwa Balasubramaniam menerima bayaran lumayan untuk membantu kempen pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Balasubramaniam yang sebelum ini bersembunyi di luar negara pernah dikaitkan dengan perancangan pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang berhubung akuan bersumpah menuduh Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.
Penyiasat persendirian itu pulang ke negara ini Ahad lalu dan difahamkan, ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut oleh beberapa pemimpin pembangkang.
Ibrahim turut mempertikaikan pembabitan peguam-peguam propembangkang termasuk Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dalam kempen memfitnah Perdana Menteri yang disertai Balasubramaniam.
"Sebagai peguam, mereka sepatutnya sedar tentang tanggungjawab menyediakan bukti sebelum mengemukakan sebarang tuduhan.
"Kita tidak mahu Balasubramaniam dan pembangkang menjaja cerita yang boleh meracuni pemikiran anak muda dan rakyat yang bakal mengundi nanti," ujarnya.
Tambah beliau, isu yang ingin dibawa Subramaniam itu sepatutnya tidak timbul lagi kerana Najib telah bersumpah tidak pernah berjumpa dengan Altantuya dalam sebuah masjid di Masjid Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 2008 selain membuat penafian di Dewan Rakyat pada tahun sama.
"Cuma kita hairan mengapa sehingga kini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih enggan bersumpah berhubung tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan," katanya.
Ibrahim memberitahu, Perkasa akan membuat laporan polis dalam masa terdekat supaya pihak berkuasa boleh menyiasat dan memanggil Balasubramaniam untuk membuktikan dakwaannya. - UTUSAN
Elok jugak kalau polis tahan Bala untuk disoal siasat. Pastikan semasa siasatan dijalankan ada peguam yang turut sama bagi memastikan siasatan dijalankan dengan telus serta memastikan keselamatan Bala terjamin. Tapi bila sudah dapat bukti janganlah pula dihilangkan atau didiamkan. Panggil juga nama2 semua orang yang disebut SD1 bala tu untuk membantu siasatan. Rakyat ingin kebenaran ditegakkan tak kiralah sama ada memihak pada Bala atau sebaliknya.
ReplyDeleteSumpah sahaja dah boleh lepas daripada tindakan undang-undang? Senangnya, ikut undang2 negara mana ni??