Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 27, 2013

Rakyat Keliru, Siapa Sebenarnya Harussani Zakaria

Ketua Penerangan UMNOkah?
Ulamak Tua UMNOkah?
Atau sekadar Pencacai UMNO?

Dia dah terlupa kerusi Mufti yang didudukinya
Pada aku
Dia bukan sekadar tegur tapi mencaci dan menghina PAS!
Kata-katanya semacam keling mabuk todi...

Sila rujuk di sini dan di sini

Pas: Teguran Mufti Perak perlu adil
WARTAWAN SINAR HARIAN
27 Februari 2013
IPOH: Pas Perak kesal dengan sikap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang seolah-olah tidak berlaku adil terhadap Pas dengan menutup mata dan melupakan segala sikap prasangka buruk yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.

Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, pelbagai kepincangan yang berlaku seperti  rasuah, ketirisan dan penyelewengan dalam pemerintahan BN namun tiada sebarang teguran dan kenyataan yang dibuat oleh Mufti itu.

“Malah Umno sebagai parti pembangkang di negeri-negeri pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) juga tidak mengiktiraf usaha kerajaan negeri memajukan rakyat, bahkan berusaha untuk menyekat sumber royalti hak rakyat negeri itu dan menimbulkan pelbagai fitnah terhadap kerajaan PR di saluran-saluran perdana milik kerajaan pusat.

“Adakah mereka mengikut ajaran Islam yang sebenar? Adakah ini tidak lebih teruk dari Kafir?,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Ahmad Nuri berkata, seorang mufti mesti bersikap adil kepada semua umat dan tidak boleh prejudis pada golongan-golongan tertentu sahaja.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Harussani yang mengatakan Pas lebih teruk daripada kafir seperti mana yang disiarkan sebuah akhbar baru-baru ini.

Menurutnya, seorang mufti seharusnya mendapat tasawwur dan gambaran sebenar satu-satu isu sebelum mengeluarkan hukuman.

“Kami mengambil sikap seperti mana yang dianjurkan oleh ajaran Islam dan kami telah pun menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Harussani bagi menjernihkan suasana agar mendapatkan maklumat yang sebenarnya.

“Kami tidak mahu rakyat mencemuh Mufti kerana bersikap berat sebelah dan tidak adil sepertimana yang dituntut oleh ajaran Islam.

“Harussani perlu mendapatkan maklumat sebenar dan menilai setiap apa yang dilaporkan oleh media massa secara benar tanpa berpihak kepartian,” katanya.

5 comments:

  1. Jadi sbb nak Mufti kumpul harta ja...

    ReplyDelete
  2. Telah dikatakan bila tiba akhir zaman akan timbul berpuluh jenis ulama' dan fuqaha'

    ReplyDelete
  3. bila jadi arab spring puak ni lah yang lari dulu tak caya tgk aljazera on spring of tunisian revolution

    ReplyDelete
  4. mcm-mcm business..projek tumah, projek itu projek ini...ish...ish...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa