Deepak saman Najib atas dakwaan fitnah
Deepak Jaikishan hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana komen dan dakwaannya bahawa ahli perniagaan itu "tidak boleh dipercayai".
Saman itu difailkan di pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur petang ini melalui firma guaman M/s Daim & Gamany.
Deepak mendakwa perdana menteri telah mengucapkan perkataan fitnah itu dalam satu sidang akhbar bulan lepas, selepas mempengerusikan satu mesyuarat BN.
Peniaga itu memetik satu laporan di Malaysiakini bertajuk PM dismisses Deepak's allegations as 'not true', di mana Deepak mendakwa Najib telah mencemar reputasinya semasa sidang akhbar itu.
Deepak mendakwa, kenyataan yang dibuat oleh Najib itu membawa maksud beliau (Deepak) seorang yang tidak mempunyai reputasi yang baik, seorang penipu dan tidak boleh dipercayai, seorang yang rendah moral, dan tidak layak untuk mengadakan perhubungan profesional.
Deepak menuntut gantirugi am, gantirugi teruk dan gantirugi teladan.

EPISOD YG SANGAT MENARIK. RAKYAT TERINGIN AMAT NAK TENGOK SIAPA YG KENA.
ReplyDelete