Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 17, 2013

Kalau Nak Cepat 'Selamat Bersara', Ikutlah Nasihat Mahathir

Negara kita, kita punya pasallah
Itulah agaknya yang Putrajaya fikirkan

Tapi dah jadi kes antarabangsa pulak
Kesian Najib 
Dikontrol dek bini
Dikontrol dek Mahathir
Wajahnya yang dah comot di dalam negara
Menjadi buruk pula di luar negara
Ada kekuatankah Najib nak bertelagah dengan Julia Gilliard

Kekadang keliru juga
Siapa PM Malaysia sebenarnya?


Dr M: Tidak perlu layan kritikan Canberra

TERKINI @ 05:11:36 PM 17-02-2013



KUALA LUMPUR, 17 Feb – Putrajaya tidak perlu melayan kritikan Canberra mengenai deportasi Senator Australia Nick Xenophon dari Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Bekas perdana menteri itu juga berkata Canberra bebas untuk mengkritik Putrajaya berikutan tindakan mengusir ahli parlimen bebas lantang itu semalam.

“Jika dia datang sini dengan tiada niat baik, lebih baik tidak datang ke sini,” kata Dr Mahathir kepada pemberita semasa sambutan Tahun Baru Cina di sini hari ini, merujuk kepada Xenophon.

“Jika mereka mahu mengkritik, mereka boleh mengkritik. Kita tidak perlu melayan mereka,” katanya merujuk kepada pentadbiran Gilliard.

Perdana Menteri Australia Julia Gilliard dilaporkan oleh media Australia kerajaannya akan terus menekan Malaysia untuk penjelasan selepas gagal meyakinkan pihak berkuasa untuk membenarkan Xenophon untuk tinggal dalam negara.

“Jelas kita gagal untuk mendapatkan persetujuan kerajaan Malaysia untuk membenarkannya tinggal di Malaysia.

“Kita akan terus mengejar isu ini dengan kerajaan Malaysia,” kata Gilliard seperti yang dilaporkan oleh AFP berkata di Melboune hari ini.

Menteri Luar Australia Bob Carr memberitahu pemberita di Sydney beliau sudah bercakap dengan rakan sejawatannya di Malaysia untuk melahirkan rasa terkejut dan dukacitanya berikutan pengusiran Xenophon tetapi berharap insiden ini tidak akan mendinginkan hubungan antara dua negara.

“Saya kata saya fikir tidak ada apa kesan buruk dengan kehadiran Senator Australia untuk memantau pilihan raya,” kata Carr dipetik dari saluran berita Australia Skynews.

Beliau juga dilaporkan mengatakan kerajaan Malaysia membantah keras campurtangan asing dalam kempen pilihan raya mereka.

Dr Mahathir juga mengatakan hari ini pengusiran Xenophon tidak akan menjejaskan hubungan antara dua negara.

Apabila didekati oleh pemberita, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga turut hadir bersama Dr Mahathir di sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina mengatakan beliau tidak mahu memberi komen mengenai isu tersebut hari ini.

Putrajaya bertengkar dengan Canberra 20 tahun lalu apabila Perdana Menteri Australia pada ketika itu Paul Keating menggelar Dr Mahathir sebagai “degil” kerana tidak menghadiri Forum Ekonomi Asia Pacific pada tahun 1993.

Bekas perdana menteri Australia Kevin Rudd mengatakan penahanan Xenophon sebagai tidak boleh diterima dan mendesak Canberra untuk “bertegas” dalam respon mereka.

Xenophon tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam dan sepatutnya bertemu dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada minggu hadapan, tetapi dihalangan untuk masuk dan kemudiannya  ditahan di Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCCT) sebelum diusir keluar malam semalam.


Xenophon hadir kerana menjadi sebahagian dari ahli parlimen dan senator Australia untuk mengkaji perjalanan pilihan raya Malaysia, tetapi rakan-rakannya membatalkan kehadiran mereka selepas beliau diusir.

Media Australia memetik Xenophon sebagai berkata pengusiran beliau dari Malaysia semalam menunjukkan betapa “teruk dan kritikal” demokrasi di Malaysia.

Senator itu juga dilaporkan mengatakan pengusiran tersebut adalah “kesilapan besar” dan menyebabkan Putrajaya dikritik.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein, walau bagaimanapun berkata semalam, 
penahanan Xenophon bukanlah satu tindakan politik dan menegaskan ianya mengikut undang-undang.

Ketua pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata semalam mengatakan Xenophon diusir dan dihalang dari memasuki Malaysia di bawah Akta Imigresen 8(3) kerana senator tersebut membuat kenyataan yang memburukkan imej Malaysia.

Alias merujuk kepada kenyataan Xenophon mengenai kerajaan Malaysia bersikap “authoritarian” dalam menangani perhimpunan untuk  menuntut pilihan raya yang bersih dan adil April lalu.

Dalam permerhatian Xenophon semasa perhimpunan tersebut, beliau berkata beliau nampak polis melepaskan gas pemedih mata dan air kimia kepada peserta perhimpunan aman.

Komen beliau juga ditulis dalam laporan akhir dalam misi mencari fakta mengenai pilihan raya di Malaysia yang menjadi sebahagian dari pemerhati pilihan raya antarabangsa melibatkan enam negara, seperti Indonesia, Filipina, India, Pakistan dan Jerman.

Penahanan dan pengusiran Xenophon menimbulkan kemarahan sebahagian rakyat Malaysia, termasuk Bersih 2.0 dan ahli politik Pakatan Rakyat (PR).

Pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengkritik pengusiran Xenophon dan mengatakan paranoia kerajaan mengenai pilihan raya yang semakin hampir.

Anwar pula mengatakan “penyalahgunaan kuasa yang jijik” serta melanggar protokol antarabangsa, terutamanya dari negara Komanwel.

Pengguna Twitter mengkritik keputusan kerajaan, dengan menggunakan “hashtag” #xenophon.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagaimanapun mempertahankan keputusan pengusiran tersebut, berkata pihak imigresen melakukan tugasnya dengan baik.

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar menambah adalah tidak adil untuk mengatakan pihaknya tidak adil dalam Pilihan Raya 2013 hanya kerana pengusiran Xenophon. 

2 comments:

  1. LIHAT DAN FIKIRLAH SELURUH RAKYAT MALAYSIA. ANDA SEMUA SEDANG BERADA DLM SEBUAH NEGARA YG DEMOKRASINYA DIKONGKONG OLEH SANG PENGUASA YG TAMAK DAN RAKUS. APA LAGI BUKTI YG KALIAN PERLUKAN UTK MEYAKINKAN SEMUA BAHAWA PILIHANRAYA KITA TIDAK ADIL ??? KENAPA KERAJAAN BEGITU TAKUT KPD PEMANTAU ?? BANGUN LAH DARI TIDUR KALIAN. DAH SAMPAI MASA UTK BERUBAH KPD SEBUAH KERAJAAN BARU YG LEBIH TELUS DAN ADIL. SY AMAT BIMBANG, TIDAK MUSTAHIL RAKYAT AKAN KE JALANRAYA SELEPAS PILIHANRAYA.

    ReplyDelete
  2. yg menentang musibat nih dihalau adalah satu kebodohan yg hanya terdapat pada pencacai pembangkang yg terdiri daripada kafir HARBI atau melayu BANGSAT yg mnjadi BARUA kepada kafir HARBI seperti N.AJIS, HADI AMANAT dan AL-JUBURI

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa