Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 28, 2013

'flyers' Minta Serah Diri: Berkesankah Kepada Lanun-Lanun Ini?

Rundingan telah ditamatkan
Lahad Datu: Risalah Bahasa Suluk Minta Penceroboh Serah Diri
LAHAD DATU: Risalah-risalah dalam bahasa Suluk meminta penceroboh rakyat Filipina menyerah diri disebar di sekitar kawasan Kampung Tanduo sejak semalam tetapi setakat ini pihak keselamatan Malaysia belum menerima sebarang reaksi daripada kumpulan itu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata sejak risalah itu ditabur, belum ada maklum balas daripada kumpulan penceroboh itu.
"Saya percaya mereka telah mendapat 'flyers' itu," katanya pada sidang akhbar, Khamis, mengenai perkembangan terkini usaha menamatkan insiden yang bermula sejak kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Sulu menceroboh perkampungan nelayan kira-kira 130km dari sini 12 Februari lepas.
Hamza berkata pasukan keselamatan tidak teragak menggunakan kekerasan sekiranya anggotanya terancam.
"Kami tidak mahu mereka (penceroboh) meletakkan pasukan polis atau pasukan keselamatan kita dalam satu situasi di mana kami tidak ada pilihan lain (kecuali mengambil tindakan kekerasan).
"Kita kena ingat bahawa tujuan kita adalah untuk menyelamatkan nyawa. Tapi nyawa pasukan keselamatan lebih penting daripada nyawa mereka (penceroboh)," katanya.
Hamza berkata sebarang tindakan oleh pihak keselamatan adalah berlandaskan peruntukan undang-undang serta mengambil kira sebarang kemungkinan dan kesan tindakan yang diambil. - mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa