Ha..Haa.. Umi Hafilda pun turut mencelah weh!
Benarkah kata-kata mereka ini?
Memang kerana rasa terpinggir atau kerana Hidayah Allah?
Kalau memang Artis kita berhijrah kerana kesedaran dan hidayah
Umi kata Artis-Artis di Pentas PAS menerima bayaran yang berlipat kali ganda
Benarkah?
Sekiranya tidak benar, mereka-mereka yang berkata kerana terpinggir dan periuk nasi, dengan secara tidak langsung mereka telah menghina Artis-Artis yang berhijrah ini
Wajarkah mereka bertanggapan begini?
Artis serta pembangkang: Reaksi pemimpin artis
11 Februari 2013
Zed Zaidi: Jangan pinggirkan artis tempatan!
Tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan yang memanggil artis Korea, Psy, untuk mengadakan persembahan sempena sambutan Tahun baru Cina di Pulau Pinang, Presiden Seniman, Zed Zaidi, terus mempersoalkan perkara itu.
Katanya, bayaran RM2 Juta untuk penyanyi itu langsung tidak masuk akal dan 'buang duit' semata-mata.
"Dengan nilai sebanyak itu, kita mampu memanggil lebih daripada 10 artis tempatan. Bagaimana artis nak sokong kerajaan sedangkan mereka tidak memberikan keistimewaan itu?
"Artis luar senang mendapat imbuhan di negara kita sedangkan artis kita sukar mendapatkan keistimewaan itu di luar negara. Malah, ada di antaranya hanya ditabur janji manis, namun hanya indah khabar dari rupa.
"Saya pernah menyuarakan Skim Insurans Seniman, namun sehingga kini masih belum dilaksanakan. Begitu juga dengan Bajet 2013 yang diumumkan baru-baru ini. Mana bajet RM6 Juta yang dijanjikan?," soal Zed.
Tambah Zed lagi, Seniman turut menghadapi kesukaran mendapatkan dana daripada kementerian dalam usaha membantu golongan artis yang memerlukan.
Jurey Latiff: Mana peranan kementerian?
Tidak melepaskan peluang untuk hadir dalam pertemuan ini, Presiden Gafim, Jurey Latiff Rosli, turut mempersoalkan mengenai penstrukturan semula industri hiburan.
"Saya masih ingat kata-kata PM mengenai penstrukturan semula industri hiburan. Namun, saya terkilan kerana ia dikeluarkan oleh PM, bukan dari kementerian.
"Di situ, kita boleh nampak bahawa PM mengetahui masalah industri sedangkan kementerian hanya berdiam diri," katanya.
Jurey turut menggesa agar artis tempatan diberi keutamaan dalam negara termasuk mengadakan persembahan.
"Pemilihan artis antarabangsa adalah sikap berat sebelah yang diamalkan golongan penganjur.
"Sekiranya persatuan mendapat dana kerajaan, sudah tentu kita dapat merencanakan aktiviti kepada artis tempatan.
"Secara tidak langsung, ia memberi peluang pekerjaan kepada golongan anak seni ini," katanya.
Umi Hafilda: 80% artis di pihak pembangkang!
Selaku Presiden Karma, Umi Hafilda, memandang serius mengenai kebanjiran artis dalam menyertai parti pembangkang.
Menggelar dirinya sebagai 'Capten Saver', Umi berkata, usaha dakwah ke arah politik ini berlaku secara terang-terangan apabila ada segelintir artis mula menghentam kerajaan di pentas ceramah.
"Mereka (artis) sangat berani berkata-kata dengan mengaitkan kerajaan serta pemimpin tertinggi termasuk PM dalam ceramah tersebut. Hampir 80 peratus artis mula berpihak kepada pembangkang.
"Ini mungkin berlaku kerana kementerian sendiri tidak memainkan peranan serta membela nasib golongan seni. Mereka beranggapan, tiada sebab untuk menyokong kerajaan sekiranya nasib mereka terabai.
"Saya sudah mengenal pasti pembabitan mereka dalam ceramah anjuran Pas dan ada di antara mereka yang menerima ganjaran wang yang berlipat ganda dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat.
"Kami memerlukan dana khas untuk membantu golongan artis yang uzur dan tua agar kisah kesempitan hidup mereka bukan lagi dijadikan bahan lawak," katanya yang berhasrat untuk mewujudkan perkampungan artis.
Kapten Khir Mohd Noor: Wujud skim perumahan artis
Mengakui 75 peratus golongan artis masih menyewa, Presiden Profima, Kapten Khir Mohd Noor, memohon agar kerajaan mempertimbangkan skim perumahan.
Menganggap golongan artis turut berperanan sebagai mata dan telinga kerajaan, permohonan ini telah dikemukakan tidak lama dahulu, namun ianya tidak mendapat respons.
"Macam mana nak bantu kerajaan kalau permohonan sebegini pun tidak dilayan? Kebanyakan golongan artis tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana tidak mempunyai penyata gaji.
"Hanya sebahagian kecil daripada mereka memiliki rumah sendiri dan selebihnya menyewa di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) terutamanya golongan veteran.
"Kami bukannya meminta untuk memiliki rumah mewah, cukup sekadar rumah yang mampu memberi keselesaan dan bukan lagi merempat," katanya.
M Daud Wahid: Aktifkan skim royalti
"Jangan tabur pasir dalam periuk nasi kami," rayu Presiden Papita, M Daud Wahid, berkenaan skim royalti yang dihentikan sejak beberapa bulan lalu.
Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Prism Berhad, agensi yang berperanan untuk mengutip royalti penyanyi, M Daud melahirkan rasa kecewa apabila kutipan ini dihentikan.
"Baru-baru ini, saya berjumpa Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri, berkenaan perkara ini.
"Namun, sehingga kini masih belum ada maklum balas. Saya memohon agar kutipan royalti ini diaktifkan semula demi kebajikan artis-artis kita.
"Saya tidak pasti kenapa royalti ini dihentikan, mungkin kerana desakan daripada pihak syarikat rakaman yang nyata tergugat," katanya.
Salam ayahnda,kenapa bila artis menyertai pakatan rakyat dikatakan di upah tapi bila join umno tak kata apa-apa pula.Nampak sangat tak profesional.Adakah golongan artis tak di beri kebebasan memilih?
ReplyDelete