Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 6, 2013

Kalau Ya Pun Apa Masalahnya?

Kan di Malaysia sejak zaman Tunku lagi sudah ada anak beranak masuk kancah politik dan bertanding?
Apa peliknya? 
Kalau anak Najib atau anak Muhyiddin bertanding sekali pun apa salahnya?
Anwar anak beranak juga bertanding dan menang.....
Jadi apa masalahnya?

Satu lagi kenapa Guan Eng  nak kisahkan sangat segi penggunaan bahasa oleh Muhyiddin? Sumpah seranah, fitnah dan sabotaj bukankah ianya warna-warna politik?

Anwar masuk Jel, bukankah kerana politik?
Almarhum Ustaz Ibrahim Libya dibunuh pun, bukankah kerana politik?
Dulu Almarhum Tunku dicaci Mahathir, bukankah kerana politik?
Bahkan sehingga sekarang Mahathir menyalahkan Tunku juga adalah kerana politik!

Perkara-perkara begitu adalah sinonim dengan politik Malaysia....
Guan Eng Nafi Adik Perempuannya Calon PRU13
GEORGE TOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng menafikan dakwaan konon adik perempuannya Lim Hui Ying turut tersenarai sebagai calon pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Beliau berkata adiknya tidak berminat untuk bertanding dan pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow juga mengesahkan nama Hui Ying tidak tersenarai dalam senarai bakal calon DAP.
"Adik saya tak berminat bertanding dan YB Chow berkata nama adiknya tidak ada dalam senarai. Jika adik saya ingin bertanding, tentu beliau telah bertanding dalam tiga pilihan raya lepas.
"Jangan heret saya punya ahli keluarga macam ini," kata Lim pada sidang media di sini, Rabu.
Beliau mengulas laporan akhbar The Star yang menyebut adiknya adalah antara muka baru bertanding pada PRU13.
Lim menyifatkan laporan itu sebagai fitnah dan berharap pembaca tidak mempercayai apa yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Inggeris itu.
"Saya tak tahu sama ada The Star seterusnya akan bercakap mengenai saudara lelaki saya. Jika anak lelaki saya berumur 21 tahun kamu akan juga bercakap mengenainya, saya pasti. Tetapi saya tak fikir ini baik," katanya.
Dalam perkembangan lain, Lim berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat serangan peribadi terhadap beliau apabila menyifatkan sebagai "tindakan bodoh" gesaan beliau supaya rakyat memakai baju warna tertentu untuk menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) pada 11 Februari ini.
"Saya berasa dukacita bahawa beliau menggunakan bahasa yang tidak senonoh terhadap saya. Saya tidak mahu buat serangan peribadi (seperti) dibuat Timbalan Perdana Menteri khususnya berkaitan persembahan Psy pada hari Isnin ini... Saya tidak mahu menjawab (membalas) dengan nada yang sama," katanya.
Isnin lepas, Lim menggesa rakyat Pulau Pinang mengunjungi rumah terbuka Tahun Baru Cina yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dengan memakai baju warna kuning, hijau dan merah.
Beliau berkata kuning sebagai tanda sokongan kepada Bersih, hijau untuk alam sekitar dan merah untuk Pulau Pinang.  - mStar

5 comments:

  1. Ahaa, its good discussion regarding this post here at this weblog,
    I have read all that, so at this time me also commenting
    here.
    Feel free to surf my web-site :: GFI Norte

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan;

    Minta tolong link blog saya di sini.
    http://udanglipan.blogspot.com/

    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. GFI Norte

    Yes I will. Tq for ur visit

    ReplyDelete
  4. W'salam Nur Aleeya Iman

    Terima kasih kerana sudi singgah dan insya Allah saya akan penuhi hajat Sdri.

    ReplyDelete
  5. I have been surfing online greater than 3 hours nowadays, but I
    never discovered any fascinating article like
    yours. It's pretty price enough for me. In my opinion, if all webmasters and bloggers made just right content material as you probably did,
    the internet will probably be much more useful than ever before.


    My webpage lasertest

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa