Tapi alangkah malunya rakyat Malaysia bila orang luar pun kata begitu!
Delegasi Muslim Eropah dedah Nazri Aziz akui media jadi ‘alat kerajaan’
Oleh Md Izwan
February 05, 2013
Drs Fadime Orgu (kanan) dan Zouhair Amri dari Jawatankuasa Penilaian
Muslim Eropah (European Muslim Election Comittee) mengadakan sidang
media hari ini di ibu kota.
— Gambar oleh Md Izwan
KUALA LUMPUR, 5 Feb -- Jawatankuasa Pilihan Raya Muslim Eropah (European
Muslim Election Comittee) yang selesai dalam lawatan ke Malaysia hari
ini mendedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed
Nazri Aziz mengakui media arus perdana di dalam negara ini adalah “alat
kerajaan” dan menyatakan ia berbeza dengan media di luar negara.
Dua delegasi Drs Fadime Orgu yang merupakan bekas ahli parlimen Belanda dan Zouhair Amri, wakil dari Perancis berada di Malaysia dalam lawatan 3 hari di atas jemputan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan telah bertemu dengan beberapa badan bukan kerajaan(NGO), pemimpin politik dan juga melawat Parlimen untuk bertemu Nazri.
Menurut Fadime, semasa pertemuan dengan dengan NGO dan pemimpin politik, beliau diberikan taklimat mengenai perjalanan media di Malaysia semasa kempen pilihan raya dan mendapati beberapa perbezaan ketara dengan negara mereka.
“Berbeza dengan negara lain, sistem media beroperasi di Malaysia adalah berbeza dan media di sini adalah alat kerajaan.
“Itu yang diberitahu kepada kami oleh beliau (Nazri),” kata Fadime apabila disoal wartawan tentang perjumpaan dengan Nazri di Parlimen.
Walaubagaimanapun, Fadime berkata menteri tersebut menyatakan kerajaan telah mengambil beberapa langkah penstrukturan untuk memberikan masa kepada pembangkang di media arus perdana dalam kempen pilihan raya kali ini.
“Tetapi beliau juga memberitahu kami bahawa pada pilihan raya nanti pembangkang akan diberikan masa siaran di dalam media arus perdana,” tambah Fadime menjelaskan langkah yang akan diambil kerajaan seperti yang dinyatakan oleh Nazri kepada beliau.
Dalam pada itu, Fadime juga berkata Nazri memberitahu jika pembangkang memegang kuasa mereka juga akan mengambil langkah sama dengan mengawal media arus perdana.
“Pembangkang juga akan buat perkara sama, Nazri beritahu kepada kami,” terang Fadime lagi yang merupakan ahli parlimen Belanda dari 1998 hingga 2006.
Dalam perkembangan lain, kedua-dua delegasi tersebut memuji perkembangan demokrasi ketika ini di dalam negara sambil menyifatkan beberapa pergerakan seperti kumpulan pejuang alam sekitar, kumpulan reformasi pilihan raya Bersih dan kumpulan hak asasi manusia Suaram di Malaysia adalah petanda yang positif.
Zouhair dalam pada itu melahirkan kejutan terhadap proses pilihan raya di Malaysia di mana tempoh berkempennya dirasakan sangat singkat berbanding di Eropah yang memberi tempoh agak panjang iaitu selama dua bulan.
“Berbanding di Perancis, kami berkempen selama dua bulan. Di Malaysia, kami diberitahu tempoh berkempen adalah hanya untuk tempoh 15 hari sahaja,” ujar beliau yang melahirkan kekecewaan kerana tidak dapat berjumpa dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kerana percanggahan jadual.
Apabila ditanya tentang kesediaan delegasi tersebut untuk menjadi pemantau dalam Pilihan Raya 2013, Fadime menjawab: “Ya, ya kami sudi untuk datang kembali sebagai pemantau. Tapi hanya jika dijemput.”
SPR telahpun memberikan akreditasi kepada pemerhati tempatan antaranya ialah Merdeka Centre, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS), Majlis Belia Malaysia (MBM), dan Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).
PRU ke 13 perlu diadakan selewat-lewatnya sebelum April dan dianggap paling sengit dalam sejarah oleh kerana Barisan Nasiona yang memerintah Malaysia semenjak 1957 dicabar hebat oleh Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.
Dalam pilihan raya 2008, buat pertama kalinya penguasaan tradisi majoriti dua pertiga BN dinafikan oleh PR dan beberapa negeri BN seperti Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak jatuh ke tangan PR.
Perak walaubagaimanapun kembali ke tangan BN pada tahun 2009 apabila tiga ahli dewan undangan negeri (Adun) PR keluar dari gabungan tersebut dan menjadi Adun bebas menyokong BN.
Hampir 13 juta pengundi layak untuk membuang undi mereka jika pilihan raya umum dipanggil melibatkan semua 222 kerusi persekutuan dan 505 kerusi di 12 negeri.
Usah kata delegasi Eropah itu, anak kakak yg kecik pun tahu media kita dari dulu hingga memang menjadi alat...
ReplyDelete
ReplyDeleteAkhbar Harakah, Keadilan, Roket, internet (termasuk Radio internet, vedio dll!) bukankah itu saluran media!
Kakzakie
ReplyDeleteItulah hakikatnya!
Anon 1:58PM
ReplyDeleteFahamkah anda apa itu 'Media Perdana' atau 'Mainstream Media'?
Sila rujuk apa yang Nazri kata kat N3 itu