Alam jin adalah alam yang berdiri sendiri, ia terpisah dan berbeza dengan alam manusia tetapi kedua-duanya hidup dalam dunia yang sama, kadang tinggal di dalam rumah yang dibina atau di diami manusia. Kedua-duanya pun mempunyai persamaan yakni wajib untuk beribadah kepada Allah: "Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali hanyalah untuk beribadah kepadaKu" (Surah Adz-Dzariyat 51:56).
Menurut Ibnu Aqil sebagaimana dikutip asy-Syibli dalam bukunya Akam al-Marjan fi Ahkam al-Jann, mengatakan bahawa makhluk ini disebut dengan jin kerana secara bahasa jin bermaksud yang tersembunyi, terhalang, tertutup. Disebut jin, kerana makhluk ini terhalang (tidak dapat dilihat) dengan mata kasar manusia. Oleh kerana itu, bayi yang masih berada di dalam perut ibu, disebut janin (kata janin dan jin mempunyai kata dasar yang sama iaitu jann) kerana ia tidak dapat dilihat dengan mata. Demikian juga orang gila dalam bahasa Arab disebut dengan majnun (dari kata jann juga) kerana akal sehatnya sudah tertutup dan terhalang.
Sedangkan kata syaitan, dalam bahasa Arab berasal dari kata syathona yang bererti ba'uda (jauh, yakni yang selalu menjauhkan manusia dari kebenaran). Kemudian kata syaitan ini digunakan untuk setiap makhluk berakal yang derhaka dan membangkang (kullu 'aat wa mutamarrid). Pada awalnya istilah setan (syaitan) ini diberikan kepada salah satu golongan jin (Iblis) yang beribadah kepada Allah dan tinggal bersama dengan malaikat di dalam syurga. Akan tetapi ketika mereka menolak untuk sujud kepada Adam kerana membangkang kepada perintah Allah, maka diusirnya dari syurga dan sejak itu ia menjadi makhluk yang terkutuk sampai hari kiamat kelak.
Tidak semua jin adalah syaitan kerana, jin juga ada yang soleh, ada yang mukmin. Jadi syaitan hanyalah ditujukkan untuk jin yang membangkang (kafir, munafik, musyrik dan sebagainya). Demikian juga tidak semua syaitan adalah jin kerana dalam surat an-Nas ditegaskan, bahawa syaitan juga ada dari golongan manusia. Setiap manusia yang membangkang, derhaka dan selalu menjauhkan manusia lain dari penggunaan Allah, mereka dinamakan syaitan.
Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. (Al-Jin 72:11)
Dilihat dari struktur kalimat, atau dalam tinjauan kaedah sharfiyah, syaitan (syaitan) merupakan bentuk kalimat isim 'alam (nama sesuatu) dia adalah laqab (gelaran) yang diberikan Allah kepada setiap makhluk yang berakal (jin dan manusia) yang membangkang terhadap perintah Allah. Oleh kerana itu penyebutan syaitan (setan) boleh dikenakan kepada jin dan manusia sebagaimana tersurat dalam ayat-ayat di atas.
Merujuk kepada kisah Adam dan Iblis dari ayat 12-20 surah al-'Araf, gelaran setan diberikan Allah untuk pertama kalinya kepada Iblis apabila dia menyatakan alasan penolakan untuk sujud kepada Adam. Dan pada surat Thaha 20:117, Allah memberi amaran kepada Adam bahawa makhluk yang terkutuk itu akan menjadi musuh Adam dan isterinya. Dan pada surat Yasin 36:60, Allah menegaskan kembali gelaran setan diberikan kepada musuh Adam tersebut dan dijadikan peringatan bagi anak cucu Adam. Ini runtut ayat-ayat dimaksud yang bermaksud;
1. Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis: "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah". Allah berfirman: "Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina". Iblis menjawab: "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan". Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tempoh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). Allah berfirman: "Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barang siapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahanam dengan kamu semuanya ". (Dan Allah berfirman): "Hai Adam bertempat tinggallah kamu dan isterimu di syurga serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu menjadilah kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim ". Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarang kamu daripada mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalam syurga)" . (Al-'Araf 7:12-20)
2. Maka kami berkata: "Hai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi istrimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka. (Thaha 20:117)
3. Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu ", (Yasin 36: 60)
Adapun Iblis diambil dari kata al-balas yang bererti orang yang tidak mempunyai kebaikan sedikitpun (man la khaira 'indah), atau diambil dari kata ablasa yang bererti putus asa dan bingung (yaisa wa tahayyara). Disebut iblis (putus asa) kerana mereka merasa putus asa dengan rahmat Allah, juga disebut iblis lantaran mereka tidak pernah berbuat kebaikan sedikitpun. Menurut satu riwayat, dahulunya iblis ini bernama Naail, akan tetapi sejak ia membangkang dan menolak perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam, ia ditukar nama menjadi syaitan.
Salam moundweller
ReplyDeleteSerius N3 hari ini. Yong tahu siapa suka main setan untuk tumbangkan orang yang dia tak suka.
Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.7-27
ReplyDeletejauhi dari manusia/pemimpin jenis syaiton