Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 28, 2013

Kalaulah Kita Di Saat Ini, Mampukah Kita Senyum?

Allahu Akbar - Seolah beliau melihat kegemilangan dan kebahagiaan di sana!
Lihatlah wajahnya disaat akhir sebelum di hukum gantung oleh pemerintah Syiah Rafidhah Iran
Husein Khudri, seorang aktivis sunni dari parti 'Al-Hayat Al-Hurrah' ( hidup bebas) Kurdistani. Lihatlah wajahnya disaat akhir sebelum di hukum gantung oleh pemerintah Syiah Rafidhah Iran.

Beliau dihukum gantung kerana aktif membela hak minoriti muslimin sunni di Iran.

Hukuman mati atas ahlus sunnah adalah perkara biasa di Iran. Apa yang luar biasanya adalah saudara kita ini masih boleh menguntumkan senyuman sedangkan leher dijerat tali, dan hanya dengan satu tendangan beliau akan tergantung. Luar biasa juga bilamana beliau tetap istiqamah dalam kebenaran walaupun nyawanya akan melayang.

Kisah indah ini mengingatkan semula kisah para sahabat iaitu Khubaib bin Adi (muslim pertama yang syahid di tiang gantung), sewaktu penduduk Quraisy memutuskan untuk menggantungnya, mereka bertanya kepadanya: Bagaimana jika Nabi Muhammad menggantikan posisimu?" Khubaib menjawab, "Demi Allah, Aku tidak rela bila Aku dalam keadaan sehat bersama keluargaku, sedangkan Nabi Muhammad tertusuk duri”.

Setelah itu Khubaib bin Adi akhirnya dihukum mati oleh suku Quraisy.

Mati bagiku tak menjadi masalah
Asalkan ada dalam ridla dan rahmat Allah
Dengan jalan apapun kematian itu terjadi
Asalkan kerinduan kepadaNya terpenuhi
Kuberserah menyerah kepadaNya
Sesuai dengan taqdir dan kehendakNya

~ Khubaib bin Adi ~ 
Sumber

2 comments:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa