KUALA LUMPUR, 23 Mac – PKR tetap dengan dakwaan mereka terhadap penulis blog pro-Umno Papa Gomo, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini, sambil menambah parti tersebut akan mendedahkan lebih banyak lagi bukti untuk mengesahkan identiti lelaki di belakang blog kontroversi itu.
Rafizi tetap dengan pendirian lelaki yang beliau namakan semalam Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah Papa Gomo – bekas anggota polis pernah didakwa kerana rasuah dan juga “pengundi hantu” dengan dua pendaftaran dalam daftar pemilih.
Pemimpin PKR itu juga meremehkan penafian lelaki mendakwa dirinya Wan Muhammad Azri yang memberitahu akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) beliau bukanlah Papa Gomo seperti didakwa, tetapi merupakan seorang eksekutif sebuah syarikat media.
“Apa sahaja ianya, dia sedang panik,” kata Rafizi kepada The Malaysian Insider petang ini.
“Apa dia boleh lakukan sekarang ialah menafikan dirinya orang tersebut, tetapi ini akan berlanjutan dan lebih banyak bukti akan dikeluarkan untuk membuktikan sebaliknya,” tambah beliau.
Rafizi mengatakan PKR akan mengeluarkan lebih banyak bukti untuk mengesahkan Wan Muhammad Azri adalah orang dibelakang blog kontroversi www.papagomo.com, blog yang ditujukan untuk menghentam pakatan pembangkang persekutuan itu
# Bekas koperal polis yang dibuang kerana rasuah menjadi eksekutif?
Syarikat mana yang bangang melantik orang yang taraf itu menjadi eksekutif di syarikatnya?
pakcik,
ReplyDeletekalau pada saya bukan susah nak pastikan siapa papagomo sebenarnya. tanya saja pada pegawai Navy yg benarkan si gomo ni naik kapal selam dulu. berlagak bukan main dia dapat naik dan post di blog dia. bila dah confirm pasal tu baru cross check dgn rekod polis dia. lepas tu cek semula muka depan utusan meloya semalam hahaha. memang dia tak dapat nak lari dari saman Anwar.
guano mu tak ada telor baik potong bagi anjing
ReplyDeletekaihnsn
ReplyDeleteYang tu kalau tak silap gambar dia pun ada bergambar bersama anggota kapal selam hari tu
Anon 9:49 PM
ReplyDeleteLOL.. kesian dia!
Happy Earth Hour~ =)
ReplyDeleteRegards, www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary)