Memang ramalannya logik sekirang betul semua Ahli UMNO, MCA dan MIC undi BN
Tapi adakah akan menjadi realiti?
Adakah semua ahli komponen BN itu padu?
Benarkah ahli sebenar sebanyak itu?
Daim: BN perlu sedikit sahaja undi atas pagar
Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata BN hanya memerlukan sedikit sokongan daripada pengundi atas pagar sekiranya seluruh ahli Umno, MIC dan MCA menyokong parti tersebut dalam pilihan raya umum ke-13.
"Sekarang anda hanya perlu sedikit sokongan daripada golongan atas pagar, maka anda berpeluang untuk menang," katanya dalam wawancara berkenaan.
Bekas orang kanan dalam pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad itu pada tahun 2007 meramalkan bahawa BN akan kehilangan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dalam pilihan raya 2008.
BN dalam pilihan raya Mac 2008 turut tewas di negeri Perak dan kehilangan majoriti dua pertiga.
Mengulas lanjut Daim juga berpendapat bahawa BN perlu meletakkan calon yang bersih dan mewujudkan perpaduan dalam gabungan itu sebelum jika ia mahu terus menang dalam pilihan raya.
Menurutnya, beliau percaya Datuk Seri Najib Razak perlu terus diberikan peluang memenangi pilihan raya umum dan sokongannya itu tertakluk kepada beberapa syarat.
"Saya akan terus menyokong Najib, tetapi beliau mesti memerangi rasuah dan jenayah, mengukuhkan keselamatan negara dan mengkaji sistem pendidikan," katanya.
Dalam wawancara sama, beliau turut membandingkan parti DAP dengan parti PAP di Singapura.
"PAP lebih cerdik, dan lebih berkira-kira, pendekatan mereka lebih berhemah. DAP sebenarnya sebuah parti Cina.
"Ia bukan parti pelbagai kaum. Ia bersifat cauvinistik tetapi mendakwa sebagai Malaysian Malaysia," katanya.
Beliau turut mengulas mengenai parti PKR, yang menurutnyna dipimpin secara solo oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Parti yang dianggap lahir dari "jalanan" itu juga akan kembali ke jalan sama, kata Daim.
"Jadi ia akan kembali ke jalanan. Itulah budayanya.
"Justeru, kita dapat saksikan demonstrasi di jalan raya yang dianjurkan atau disokong oleh mereka," katanya.
"Justeru, kita dapat saksikan demonstrasi di jalan raya yang dianjurkan atau disokong oleh mereka," katanya.
Rekek bro...goyang ke dengan ramalan orang tua nei...hahahhaha
ReplyDeleteKita tengok nanti parti jalanan atau parti yang berperinsip atau parti UMNO yang akan bergelandangan meminta diberi peluang semula ,lihat saja sebelum PRU13 ini pun sudah merayu dan menagih dari rakyat yang dah mula bangkit untuk menjatuhkan UMNO,di manakah letaknya muka pemimpin UMNO yang sudah 50 tahun memimpin , masih tidak yakin dengan pentadbiran Negara konon untuk membangun dengan lembik lagi. Bukan untuk lebih baik tapi untuk lebih memusnahkan bangsa sendiri.Lihat kemana perginya kroni-kroni yang kaya pergi,adakah mereka-mereka ini berada dalam negeri,lihat seorang ketua menteri peguamnya sendiri membuka pekung bagaimana untuk menipu kerjaan pimpinan UMNO ,apakah boleh rakyat berdiam diri untuk memadatkan kuasa pada parti yang konon untuk membela bangsa negara dan Agama selama 5tahun lagi ,lupakan wahai parti UMNO.
ReplyDeleteAda benarnya kata Daim tu..Kalu kita toleh belakang apa yang PKR dah bagi kat rakyat..????? Semua kerja ceramah sana sini, habok pun takdak.
ReplyDeleteCeramah DSAI nie memang syok kita layan TAPI hampassss...!!!! Semua orang lain jahat, rasuah, bodoh, kroni...????
Dia tu baguih ke...???? Lagi terokkk dari orang UMNO. Apa yang dia tuduh tu sebenarnya apa yang dia amalkan semasa dalam UMNO dulu.
Apa dia sebok nak saman PAPA GOMO tu..!!! Saman la jugak Datok T tu yang banyak duit...ada berani ke...hahahaha
DAIM yang dah lama DIAM akhirnya berkata2 : BN DAN NAJIB AKAN MENANG......! Jom la bubar Abg Jib....tunggu apa lagi....!
ReplyDelete