PECAH BERITA! Daim Zainuddin Pula SERANG Anwar
Apakah ia satu kebetulan yang disengajakan atau ia sememangnya satu kenyataan?
Sebentar tadi, bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin pula nampaknya mengikut jejak langkah ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud yang mengatakan bahawa ketua pembangkang, Anwar Ibrahim tidak layak menjadi perdana menteri.
Dalam satu wawancara eksklusif bersama akhbar kawalan rejim Umno,New Sunday Times hari ini, Daim mahukan perdana menteri, Najib Altantuya terus mengekalkan jawatannya dan menyifatkan Anwar sebagai penghancur masa depan negara.
Dalam wawancara yang diadakan di Yayasan Pok Rafeah sempena mengambil nama ibunya, Daim menambah Anwar adalah dalang di sebalik kejatuhan ekonomi negara semasa krisis kewangan Asia sekitar 1997.
Katanya, walaupun Anwar kini dianggap pilihan untuk menggantikan Najib Atantuya, hakikatnya Anwar kononnya adalah ejen Amerika Syarikat sehingga kononnya cenderung untuk mengikut dasar dan polisi kuasa besar itu.
Bagaimanapun, Daim tidak mahu mengulas lanjut tentang ramalannya mengenai peluang Barisan Nasional (BN) mempertahankan kuasa di Putrajaya.
Wartawan NST yang menemu bual bekas ahli parlimen Merbok itu kemudian bertanyakan bagaimana dia melihat sokongan pengundi Cina yang masih enggan kembali kepada BN dan Daim menjawab, untuk menyebut tentang ramalan dan keputusan pilihanraya adalah sesuatu yang meletihkan.
Daim pada pilihanraya umum ke-12 lalu meramalkan bahawa empat negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat selain Kelantan kekal dikuasai PAS dan ternyata ramalannya benar.
Bagaimanapun agak menghairankan kali ini apabila Daim enggan membuka mulut, petanda sumber risikannya cuba menyimpan sesuatu yang tidak menyenangkan BN untuk terus berkuasa.
Dipercayai Daim terpaksa 'keluar' dari sarangnya kerana sudah merasakan bahawa BN kini semakin lemah walaupun pelbagai bentuk imbuhan 'rasuah 1Malaysia' disalurkan kepada rakyat.
Ketika berucap merasmikan dewan serbaguna baharu Kampung Lintang, Petra Jaya berharga RM1 juta di Kuching semalam, Taib berkata rakyat yang cintakan negara tidak akan memburukkan negara sendiri, namun sebaliknya berlaku kepada pemimpin pembangkang itu.
“Kita tidak mahu dipengaruhi pihak luar lagi, kita tidak mahu terus bersama satu golongan yang bawa orang luar, dan cuba cetuskan kekecohan ala ‘Arab Spring’, itu semua kita tidak mahu. Kita mahu negeri maju, dan rakyat mahu kerajaan yang telah bawa banyak kemajuan,” katanya.
Kononnya Anwar kini sudah menjadi ejen asing untuk menghancurkan negara padahal Najib Altantuya lebih bahaya kerana sanggup mengupah penasihat Israel, APCO Worldwide yang ternyata membahayakan keselamatam negara.
Sebenarnya, kenyataan Taib dilihat penganalisis politik bertujuan untuk mengalih perhatian seluruh negara terhadap skandal yang kini sudah menjadi buah mulut antarabangsa hinggakan Penguasa Kewangan Singapura, Monetary Authority of Singapore (MAS) terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan mereka mempunyai kaitan dengan kegiatan Taib.
Persoalannya, apakah Daim sudah dapat meramal keputusan pilihanraya kali ini apabila bukan setakat tiga negeri lain berjaya ditawan Pakatan Rakyat malah BN juga turut hilang Putrajaya?
Kita tunggu apakah 'ramalan' Daim yang turut meminati bintang Bollywood, Shah Rukh Khan ini akan keluar dalam tempoh terdekat!
JALAN PULANG
serang sebelum diserang itu tektik lama yang masih digunapakai.teruskan usaha ke putra jaya sampai berjaya. tetaplah diatas jalan yang lurus walau didepan belakang atas bawah kiri kanan dihentam angin kencang.jangan lupa janji kita kepada Allah.
ReplyDelete