Cepat pulak mereka sedar dan padam!
SPR padam rekod 'hantu' penulis blog pro-Umno
Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuang rekod Papagomo daripada senarai pengundi pos mengesahkan penulis blog pro-Umno itu "pengundi hantu", kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.
"Semakan kami pagi ini dengan Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR menunjukkan bahawa rekod yang didaftarkan bawah RF142863 telah pun dibuang dari daftar pengundi seperti yang dibuktikan oleh paparan skrin," kata Rafizi dalam kenyataannya hari ini.
"Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos."
Rafizi juga membekalkan tawan skrin (screen capture) bagi carian itu bagi membuktikan dakwaannya.
Beliau semalam mendakwa Papagomo pengundi hantu, yang boleh mengundi di Ampang dan Wangsa Maju, berdasarkan carian di laman web SPR menggunakan nombor kad pengenalan (IC) penulis kontroversi itu.
Menurut Rafizi, Wan Muhammad Azri memiliki dua IC - satu IC polis ketika bertugas sebagai koperal polis trafik dan satu IC awam.

Itulah sepatutnya kereja depa SPR ( Semak Pemilih Rekod ) bukannya dok sebok keluar kenyataan itu boleh ini tak boleh,kalau dari dulu dok kemas kini semua rekod orang ramai pun tak kan meluat kat SPR ,oleh kerana SPR ini satu badan sepatutnya bebas dah tak jadi bebas dek kerana gila kuasa dan dicucuk hidung oleh UMNO/BN yang dah nak mampus tu,ini aura rakyat tau,bukan suara individu,kalau individu mungkin lebih panas lagi.Tukar jangan tak tukar,aku dah 50 tahun lebih dok setia kat UMNO/BN nie tapi semenjak Mahadey Kutty rosakkan kekebalan kuasa adat resam Melayu aku dah tak hormat lagi dengan kewibawaan penguat kuasa sebab undang-undang sudah jadi dwi standard,Contoh mudah berlaku depan mata aku,tak pakai tali keledar dalam suatu bandar di semenanjung,secara kebetulan aku juga ditahan,bukan polis tetapi penguatkuasa jabatan,fahamlah tu,aku bertanya apakah lojiknya penguatkuasa buat sekatan dalam bandar setahu aku polis yang sepatutnya buat,lagi pun dalam bandar berapa laju sangatlah yang kita boleh pecut,itu sahajalah soalannya,tanpa jawab apa2soalan pegawainya terus keluarkan saman,kerana tidak ikut undang-undang,undang-undan apakah ini? Hingga tidak boleh disoal,bukankah lebih baik jika pegawai berkenaan membimbing atau nasihat untuk kebaikan kepada semua daripada dia dimaki dari belangkang oleh orang telah tidak berpuas hati dengannya.marilah kita berbentuk kan apa yang sudah salah dilakukan oleh UMNO/BN selama ini.
ReplyDeleteinilah kerja hantu-hantu berbayar yang tak bermaruah dan tiada harga diri ! kerja bukan dengan telus demi Allah ! tapi demi pangkat & tembolok yang haram jadah ! ABU sahaja penyelamat negara !
ReplyDelete