Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 27, 2013

Dari Haiwan Untuk Haiwan!

Pada mulanya malas juga nak ambil pot tentang politik lendir ni tapi bila ingatkan peringatan Allah yang bila Allah turunkan bala semuanya akan kena walau pun bertaraf Wali.

Jadi tergeraklah sidikit di hati ini nak sentuh perkara ini supaya Allah tidak kata yang saya ni bisu walau pun dikurniakan mulut, suara dan otak!

Entah kat mana tadi saya ternampak ada insan yang minta puak-puak ni untuk bertaubat
Taubat?
Apa binatang taubat tu?

Makhluk yang buat perkara-perkara macam ni memang dari keturunan haiwan.

Saya bandingkan haiwan tu sebab mereka kurang akal dan yang percayakan pun haiwan jugalah. Takkan manusia yang dikurniakan otak untuk berfikir dan menilai menjadi bodoh setaraf haiwan?

Mungkin saya tak berapa betul bandingkan dengan haiwan sebab haiwan pun taat akan Rabbal Alamin
Jadi jenis makhluk macam ni agak-agak dengan apa nak dibandingkan?

Makhluk jenis ini mungkin namanya berbunyi macam Melayu dan Islam tapi agama sebenarnya entahlah?

Kalau mereka ini Islam mereka akan tahu dosa dan pahala dan kemurkaan Allah

Dalam Islam menghebohkan keburukan saudaranya memang tidak dibenarkan kalau pun simangsa itu memang bersalah
Dan apatah lagi kalau sengaja direka-rekakan fitnah?
Lagilah fasiknya!

Yang pelik dan ajaibnya makhluk yang sinonim dengan motivasi dan sering bercakap tentang akidah pun dah masuk 'kawanan' ini. Ada juga makhluk yang berkelulusan undang-undang pun dah masuk sama!


Pokoknya manusia-manusia begini memang tidak kenal agama dan sudah tentu tidak tahu akan dosa dan pahala. 

Mereka tidak akan tahu dan faham apa itu taubat!

Saya katakan adalah kerja yang sia-sia menyeru makhluk begini untuk bertaubat......
Rakaman Video Seks Palsu Libatkan Izzah, MB Selangor Akan Disebarkan - Dakwa PKR
PETALING JAYA: Selepas video berunsur seks melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tersebar Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa beberapa rakaman video seks palsu melibatkan pimpinan kanan parti itu akan turut diterbitkan dalam masa terdekat.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa tindakan tersebut dilakukan oleh agen-agen tertentu bagi menakut-nakutkan orang Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Saifuddin menambah agen berkenaan juga turut memberi amaran bahawa mereka mempunyai beberapa video lagi yang sedang disiapkan melibatkan piminan kanan PKR yang lain, termasuk melibatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Ia adalah amaran, ugutan politik... sebagai ahli politik senior, kita tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakkan maksimum terhadap integriti pemimpin kita.
“Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Selasa.
Saifuddin turut mendakwa beliau dan beberapa pemimpin PKR yang lain telah didatangi oleh beberapa agen untuk menunjukkan dua rakaman video seks melibatkan Anwar, anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta beberapa keping gambar mereka.
“Askar-askar upahan di laman blog ini akan mereka-reka dan menyebarkan video-video palsu yang kononnya mamaparkan salah laku seks pemimpin PKR.
“Taktik ini digunakan bagi menakut-nakutkan orang Melayu bahawa masa depan negara akan tergadai jika Pakatan Rakyat memerintah,” katanya.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang mendakwa beliau dan beberapa pemimpin PKR yang lain telah dibawa menaiki kereta dan menonton rakaman video berkenaan di ibu kota beberapa hari yang lalu.
“Saya dan beberapa pimpinan telah dibawa untuk menonoton video-video ini. Agen-agen ini memberi ugutan politik kepada saya dan pimpinan yang lain. Mereka kata ada lagi rakaman video yang akan didedahkan melibatkan dua lagi pimpinan kanan PKR dalam tempoh terdekat.
“Kebanyakan rakaman video yang dipaparkan mempunyai kualiti gambar yang kurang jelas dan suasana yang digambarkan seperti video berunsur seks dan ada juga gambar statik ditunjukkan kepada kami,” katanya.
Beliau mendakwa penyebaran video seks sengaja dilakukan bagi mencemarkan nama baik Anwar dan pimpinan kanan PKR yang lain menjelang PRU-13.
“Video-video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan percantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin berkenaan terbabit dalam salahlaku seks,” katanya.

1 comment:

  1. Aku sangat-sangat setuju dengan ulasan ini sememangnya dah tak tahu nak di gulungan mana puak-puak maknusia jenis ini nak kata binatang ada akal nak kata maknusia ada akal ada otak tapi macam binatang,sebab binatang ada otak tapi tak beri akal oleh Allah untuk berfikir, nak dikatakan beragama tidak pula mahu mengamalkannya,nak kata tak beragama dok mengaku pula nak mempertahankan agama,jadi elok spesis maknusia ini dihumban saja ke lubang biawak pada PRU13 nanti.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa