Macam mana rakyat nak percaya?
Kalau di Terengganu, stadium runtuh
Janganlah pula di Kelantan jambatan runtuh!
Keretakan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra tidak serius
25 Mac 2013
KOTA BHARU - Keretakan pada penyambung persimpangan bertingkat Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra yang dalam peringkat akhir pembinaan itu adalah kecil dan tidak serius.
Ketua Penolong Pengarah (Teknikal) Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Mohd Zaki Mohd Zain berkata, keretakan itu adalah masalah teknikal yang kecil dan biasa berlaku pada projek yang masih dalam pembinaan.
"Projek itu masih dalam pemantauan pihak pemeriksa bebas sebelum ia dibenar digunakan kepada semua lalu lintas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman bahawa laporan akhir pembinaan projek itu menunjukkan ada keretakan yang dikhuatiri membahayakan nyawa orang ramai jika dibiarkan.
Mengulas lanjut, Mohd Zaki berkata selepas sesebuah projek itu siap sepenuhnya, pemeriksaan akan dilakukan oleh pemeriksa bebas untuk menentukan sama ada pembinaan projek memenuhi spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya.
Jambatan kedua sepanjang 800 meter melibatkan kos kira-kira RM177 juta itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan pada 2007.
Beliau berkata jambatan itu dijangka boleh digunakan sepenuhnya April atau Mei tahun ini.
Jambatan itu telah dibuka bagi laluan sehala dari Pasir Pekan ke Kota Bharu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. - sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa