Dua lagi masih hidup
Seorang dah mengaku, seorang lagi diam membisu...
Manifesto Pakatan Sabah janji hukum mereka yang terlibat dalam ‘Projek IC’
TERKINI @ 08:54:01 PM 24-03-2013
KUALA LUMPUR, 24 Mac — Pakatan Rakyat (PR) berjanji mahu menghukum mereka yang terlibat dalam "Projek IC" sebagai manifesto pilihan raya untuk Sabah, dan menggunakan kemarahan berdekad penduduk asal ke atas mereka yang terlibat memberi kad pengenalan kepada pendatang asing.
Pakatan pembangkang itu berkata inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) yang ditubuhkan pentadbiran Najib seharusnya perlu mempunyai syarat memastikan panel mempunyai kuasa menghukum mereka yang terlibat dalam inisiatif kontroversi itu.
"Kita akan menguruskan RCI yang lebih komprehensif untuk menyelesaikan masalah kedatangan pendatang haram di Sabah, bukan hanya membersihkan sistem kewarganegaraan dan memastikan hanya yang benar-benar layak sahaja dibenarkan mendapatkan kewarganegaraan, tetapi mereka yang terlibat dengan Projek IC akan dihukum," kata pakatan tersebut dalam manifestonya yang dimuatturun dari online.
Janji itu dikeluarkan selepas Sabah masih lagi terkejut dengan pencerobohan yang berlaku oleh sekumpulan militan Filipina ke negeri mereka, insiden yang dikaitkan dengan "Projek IC".
Militan seramai 200 orang itu mendarat di Lahad Datu pada 9 Februari, dan menggunakan laluan yang digunakan oleh penduduk selatan Filipina yang beragama Islam ke utara Sabah.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa