Kita yang bodoh saling menuduh antara kita
Sedangkan merekalah sebenarnya yang bawa sengketa...
Bagi membuka ruang menuntut hak kita
OLEH SYED JAYMAL ZAHIID
MARCH 26, 2013
Penyokong kesultanan Sulu bersama Jamalul Kiram III. — Gambar fail Reuters
KUALA LUMPUR, 26 Mac — Manila telah memberi arahan kepada semua agensi dan rakyatnya untuk memanggil Sabah sebagai bukan sebahagian dari wilayah Malaysia yang mencetuskan kemungkinan mereka mahu menuntut negeri paling timur Malaysia itu.Menurut InterAksyon, cawangan dari TV5 Filipina, pegawai dari Jabatan Luar Negeri (DFA) membawa perkara ini hari ini, menyebut Memorandum No. 162 yang dikeluarkan Malacanang pada tahun 2008.
Menurut laporan tersebut, menyebut peguam Roy Ecraela dari Pejabat DFA untuk Setiausaha Kajian Laut, menambah bahawa setiap dokumen agensi kerajaan hendaklah merujuk Sabah sebagai 'hanya Sabah' dan bukan Sabah, Malaysia.
"Kota Kinabalu, Sabah, na lang. Tanggalin na 'yung Malaysia (Hanya panggil Kota Kinabalu, Sabah. Tidak perlu Malaysia)," kata Ecraela menurut laporan tersebut.
Ecraela dilaporkan membuat kenyataan tersebut hari ini selepas beberapa agensi bertemu dengan Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencala Alam Kebangsaan (NDRRMC) pada Isnin lalu untuk membincangkan bantuan kemanusiaan kepada warga Filipina yang kehilangan tempat tinggal dalam konflik di Sabah.
Ini pula saya baru baca dari Sabah Kini
Wednesday, 27 March 2013 00:11
TENTERA ELIT AMERIKA BANTU PENGGANAS SULU?
SERVICE..... Secretary of the Army John McHugh thanks U.S. Army Special Operations Forces for their service during a visit to one of JSOTF-P's outstations on the island of Sulu, Philippines.
BARIS Sabah tidak menolak kemungkinan wujudnya pihak ketiga iaitu tentera elite Amerika Syarikat yang menjadi tulang belakang dalang pencerobohan di Lahad Datu. Hubungan akrab antara tentera elite US dan tentera penceroboh yang mendakwa Askar Diraja Sulu sudah lama wujud. Tentera US masuk ke Sulu atas nama program khidmat masyarakat tetapi pada masa yang sama ada agenda terselindung di sebalik itu.
aikk....AS pulak jdk dalang...!!!!!!! DSI kita suci ke dengan pencerobohan ini ??????? Apa cer ngn perbincangan Tian Chua dan sivarasa ngn Sultan Sulu...hehehehehe
ReplyDelete