Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 26, 2013

Filipina Akan Tuntut Sabah?

Sejak dari awal saya dah kata Manila adalah kuasa di belakang pencerobohan ini
Peristiwa pencerobohan ini akan membuka ruang untuk Manila memperbaharui tuntutanya ke atas Sabah

Nampaknya apa yang saya kata itu sudah hampir dengan kebenarannya!

Filipina mungkin kemuka tuntutan ke atas Sabah
MANILA 25 Mac - Kerajaan Filipina mungkin mengemukakan tuntutannya ke atas Sabah selepas Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima hari ini membayangkan akan berbuat demikian.
Akhbar Filipina melaporkan, perkara itu mungkin berlaku selepas De Lima mengesahkan bahawa Jabatan Kehakiman telah mengemukakan satu cadangan daripada sudut undang-undang kepada Presiden Benigno Aquino III berhubung tuntutan tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan dokumen berkenaan.

De Lima berkata, Filipina mungkin mengemukakan isu tersebut kepada 'tribunal berkaitan'.

"Persoalan yang timbul sekarang, adakah kami mempunyai alasan kukuh dan sah jika membawa perkara ini kepada tribunal berkaitan," katanya kepada wartawan di Persidangan Kumpulan Pakar Persaingan ASEAN di sini hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Kehakiman telah melakukan kajian daripada aspek undang-undang berhubung tuntutan ke atas Sabah dan mengemukakan cadangan itu kepada Aquino untuk diluluskan.

"Terpulang kepada Presiden sama ada beliau mahu menimbang kajian itu atau tidak," katanya.

Aquino sebelum ini dilapor menugaskan Jabatan Kehakiman dan Jabatan Luar supaya meneliti kesahihan tuntutan Kiram ke atas Sabah.

Menurut beliau, isu pemilikan Sabah oleh pengikut Jamalul Kiram III adalah satu pengulangan sejarah, ketika bekas Presiden, Ferdinand Marcos melancarkan rancangan untuk menceroboh Sabah pada 1968, yang dikenali sebagai pembunuhan Jabidah. - Agensi - Sumber blog
Laporan akhbar Filipina oleh Christine O. Avendaño  Philippine Daily Inquirer

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa