Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 26, 2013

Penceroboh Kebal: Saya Nak Cerita Apa Yang Diceritakan Oleh Guru Saya

Terlebih dahulu saya mohon ampun dan maaf. Cerita ini saja saya nak bercerita agar boleh dijadikan pedoman dan pengajaran. Untuk menunjuk-nunjuk jauh sekali. Kita hanyalah makhluk yang lemah. Segala kekuatan dan kekuasaan hanya ada pada yang Maha Agung, Allah ta'ala

Apa yang saya ceritakan adalah dari mulut Guru saya Haji Mat Karan (Hj. Mohd. Karim) asal Dusun Nyior, Thailand. Beliau adalah murid kepada Panglima Salleh (Kiyai Salleh) Johor.

Pada awal tahun 70'an berlaku pergolakan di Pattani, Thailand. Pertembungan berlaku  di antara tentera Thai dengan penduduk Selatan Thai yang ingin membebaskan Selatan Thai dari jajahan Siam.

Dalam pertempuran pertama, penduduk hanya bersenjatakan pedang dan parang bahkan ada juga yang bersenjatakan Pisau Menoreh Getah (perempuan). 

Sebelum bertempur semua penduduk Muslim yang ingin terjun ke arena dikumpulkan di Masjid. Mereka bersolat hajat dan berdoa sepanjang malam. 

Guru pula mendoakan air di dalam kolah untuk mandian dan diminum oleh anggota yang akan bertempur. Setelah semuanya sedia mereka mereka diingatkan:

Pertama: Semasa bertempur hendaklah sentiasa berzikir dan bertakbir
Kedua: Hendaklah sentisa ada wudhu' maknanya tak boleh tanggal air sembahyang
Ketiga: Jangan lari tinggalkan barisan
Keempat: Jangan ambil apa-apa harta rampasan semasa pertempuran
Kelima: Memakai Selempang Merah atau apa-apa pengenalan diri untuk dikenali oleh sesama pasukan yang sedang bertempur
# makluman : Selempang Merah bukanlah azimat atau membawa apa-apa istimewa cuma sekadar pengenalan sesama sendiri.

Setelah semua persediaan selesai mereka bergerak dan bertempur dengan tentera Thai. Dalam pertempuran itu tentera Thai mengalami banyak kehilangan nyawa.

Diceritakan semasa bertempur ada tentera Thai yang menembak ke atas. Ada juga senapang mereka, bila di tembak peluru hanya jatuh di hadapan sipenembak. Ada juga peluru menjadi cair.

Yang lucunya ada sesetengah tentera Thai ini lari lintang pukang macam histeria. Katanya parang terbang tanpa tuan mengejar mereka!

Cerita Tok Guru lagi, semasa pertempuran memang senang membunuh dan memancung musuh sebab mereka seolah tidak sedar yang kita berada di hadapan atau di samping mereka. Jadi kita cantas kepala mereka macam cantas batang pisang ajer....

Tak tertahan dengan asakan penduduk kampung yang hanya bersenjatankan Pedang, Parang dan Pisau Menoreh, tentera Thai berundur. 

Bila pertempuran pada hari itu usai, didapati hanya beberapa orang saja dari kumpulan penduduk kampung yang terkorban. Itu pun yang langgar arahan supaya jangan ambil apa-apa rampasan@peninggalan musuh selagi pertempuran belum selesai.

Di pihak tentera musuh pula hampir lima ratus yang mati.

Saya tanya Tok Guru sama ada mereka kebal atau apa? 
Tok Guru kata bukan kebal tetapi dengan izin Allah tentera Thai menembak ke arah lain dan sasarannya bukan kita sedangkan mereka tidak sedar yang kita sudah di dalam jarak memancung mereka. Mereka tidak nampak kita. Itulah sebabnya mereka kata parang terbang mengejar mereka. Tapi sebenarnya ada orang yang membawa parang tersebut tetapi mereka tidak nampak. Yang mereka nampak hanya parang atau pedang terbang!

Saya tanya lagi adakah ilmu dan amalan ini untuk tujuan itu? 
Tok Guru jawab, tidak
Dia kata kita berzikir dan beribadat adalah keranaNya "Lillahi taala" apa-apa anugerah yang di berikan kepada kita, kebal ker, tembak tak kena ker, halimunan @ musuh tak nampak ker, itu semuanya dengan doa kita dan dengan izinNya. Itulah kebesaranNya!

Di pihak tentera Thai ada juga yang kebal tetapi kalah dan lut dengan 'Bismillahi tawakkaltu alallah' dan lompat sambil memancung. Maknanya ketika memancung kaki kita jangan bersentuh tanah.....
Wallahu aklam.....

Jadi dengan apa yang diceritakan Pasukan Keselamatan kita tentang penceroboh Sulu ni kebal itu ada mungkinnya. Tidak mustahil tetapi cara mereka kemungkinan besar mendatangkan syirik dan berbentuk tahyul. Mereka menggunakan tangkal bukannya amalan yang diredhai Allah. Mereka mengharapkan tangkal bukannya Allah!

3 comments:

  1. Ketiga: Jangan lari tinggalkan barisan....
    yang ni memang kena lari..

    ReplyDelete
  2. Perkataan yang sesuai:

    Ketiga: Jangan lari tinggalkan saf.

    ReplyDelete
  3. Betul tuan.... ini kelebihan kita. Syukur kita masih punyai ulama tak perlu pakai tangkal rantai babi tunggal, batu delima dan lain-lain.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa