Cakap kamu ni bukan boleh pakai
Tengok kes ceroboh Sabah
Pada awalnya yang kamu cakap?
Di akhirnya nyawa Polis dan Tentera melayang!
RCI Lahad Datu tak ditangguh, kata menteri
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan tanggapan bahawa penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pencerobohan Lahad Datu ditangguhkan ke tarikh lain.
“Tidak... Kita menimbang kedua-dua cara, RCI dan kertas putih atau mencari mekanisme lain untuk memastikan kebenaran terserlah.
“Tapi pada masa sama, perkara utama adalah memastikan Sabah selamat... bukan sahaja rakyat di Lahad Datu dan Semporna tetapi keseluruhan Eastern Sabah Security Command (Esscom),” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Hishammuddin pada hari Sabtu lalu berkata Najib akan mengumumkan penubuhan RCI tersebut semalam sambutan Hari Polis ke-206 hari ini.
Najib bagaimanapun hari ini hanya mengumumkan penubuhan Zon Selamat Sabah Timur atau Eastern Sabah Safety Zone (ESSZONE) di kawasan timur Sabah yang merangkumi 10 daerah.
Menurutnya, EZZZONE itu antara lainnya untuk memberi asas perundangan kepada ESSCOM, memelihara hak demokratik serta proses demokrasi untuk penduduk Sabah serta mengukuhkan keselamatan di kawasan terbabit.
Najib juga hari ini mengumumkan bahawa kerajaan akan memindahkan penduduk dari kawasan yang dianggap terdedah kepada pencerobohan pihak asing.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa