Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 10, 2017

Ahli akrobatik mati terjatuh ketika persembahan di hadapan 35 ribu penonton

Green Day jawab kecaman 'abai' kematian seorang ahli akrobatik sebelum persembahan 
Kohilah SekaranAstro Awani |  Julai 09, 2017 21:46 MYT


Green Day jawab kecaman 'abai' kematian seorang ahli akrobatik sebelum persembahan
Seorang ahli akrobatik, Pedro Aunion Monroy, 42, meninggal dunia di hadapan depan 35,000 orang sejurus sebelum Green Day melakukan persembahan di pentas berkenaan di Madrid pada hari Jumaat. - Facebook Pedro Aunion Monroy
KUMPULAN rock Green Day akhirnya menjawab kecaman orang ramai yang mendakwa mereka ‘mengabaikan’ kematian seorang ahli akrobatik yang terjatuh ketika melakukan persembahan di festival muzik Mad Cool di Sepanyol. 

Ahli akrobatik itu, Pedro Aunion Monroy, 42, meninggal dunia di hadapan  35,000 orang sebelum Green Day memulakan  persembahan di pentas berkenaan di Madrid pada hari Jumaat.

Pedro sedang melakukan aksi dalam satu sangkar kecil ketika tragedi itu berlaku. 

Dia terjatuh dari ketinggian 100 kaki dan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Detik ahli akrobatik terjatuh ketika melakukan persembahan (saat 0:58) sempat dirakamkan oleh penonton. - Sumber: sucesos de impacto

Menurut satu kenyataan yang ditulis oleh Billie Joe Armstrong, salah seorang anggota kumpulan itu, mereka tidak mengetahui tentang insiden itu sehingga mereka selesai persembahan mereka.

“Green Day tidak tahu langsung mengenai kemalangan itu sehingga selesai pertunjukan kami. Kami juga sama sekali tidak tahu ada persembahan akrobat sebelum persembahan kami.

"Kami ketika itu berada di belakang pentas, yang terletak setengah batu jauh dari pentas utama festival.

Tambah Billie: “Saya tidak tahu mengapa pihak penganjur memilih untuk tidak memberitahu kami tentang kejadian itu sebelum konsert kami. Kami hanya diberitahu selepas konsert kami.

"Jika kami tahu sebelum persembahan kami, sudah tentu kami akan membatalkannya. Kami bukan orang yang tidak berperikemanusiaan.”

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa