Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Monday, July 3, 2017

Qatar tolak ultimatum Saudi

* Bukankah gila namanya bila tuntutan melibatkan kedaulatan negara lain?

Qatar tolak 13 tuntutan
3 JULAI 2017
Sheikh Mohammed Abdulrahman al Thani

ROM - Menteri Luar Qatar menegaskan, Doha tidak akan memenuhi mana-mana 13 tuntutan yang dikemukakan Arab Saudi dan sekutunya.

Sheikh Mohammed Abdulrahman al Thani mengeluarkan kenyataan itu ketika sidang media di Rom, kelmarin.

"Senarai tuntutan itu ditolak. Ia tidak akan diterima atau dirundingkan. Bagaimanapun, kami sedia untuk berdialog. Semua pihak tahu tuntutan tersebut bertujuan untuk melanggar kedaulatan, menutup kebebasan bersuara dan mengenakan mekanisme audit, serta meletakkan tempoh percubaan ke atas Qatar.

"Kami percaya dunia tidak ditadbir oleh ultimatum kerana kami percaya ia ditadbir oleh undang-undang antarabangsa," katanya kurang 48 jam sebelum tarikh akhir yang ditetapkan Riyadh tamat.

Difahamkan, ultimatum atau kata dua itu dikeluarkan lebih dua minggu selepas Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar pada 5 Jun lalu kerana mendakwa negara itu menyokong keganasan.

Sebelum ini, negara terbabit pernah mengancam untuk mengenakan sekatan lanjut ke atas Doha jika ia gagal memenuhi 13 syarat ditetapkan itu.

Antara tuntutan yang dibuat termasuk penutupan pangkalan tentera Turki di Qatar dan menutup operasi rangkaian TV al-Jazeera yang didakwa menjadi platform ekstremis untuk masuk campur dalam hal ehwal di rantau Arab, lapor Agensi. - sumber

BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Qatar buka mulut isu hubungan diplomatik, sempadan

4 comments:

  1. Wonderful work! This is the type of information that are meant to be shared
    across the internet. Disgrace on Google for now not positioning this
    publish higher! Come on over and seek advice from my site .
    Thanks =)

    ReplyDelete
  2. agaknya kerana inilah Rasulullah S.A.W sendiri tidak berbangga dengan bangsa arab. Semakin penghujung dunia ni bangsa arab semakin terhina dan semakin dihina Allah dan pasti akan datang masa bilamana bangsa arab akan di humbankan oleh Allah dikedudukan yang lebih hina dari bangsa yang kini dipandang hina. Kita tengok masa tu samada adakah bangsa amerika/israel akan menjadi sekutu dan pembantu mereka atau apakah mereka akan menjadi pembangsat yang meminta pertolongan daripada golongan yang menjadi mangsa penindasan mereka bersama kafir laknat yang kini menjadi sekutu mereka

    ReplyDelete
  3. Ini bukan dari ajaran Islam. Islam suci dan syumul. Penganut Islam yg ramai buat taik, di seluruh dunia

    ReplyDelete
  4. Apa kata kita beri ultimatum kpd saudi arabia supaya pentadbiran dan pengurusan haji mekah madinah diserahkan kpd badan bebas umat islam sedunia?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa