Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Thursday, July 6, 2017

RM7 juta: Apakah tujuannya?

Thursday, 6 July 2017
RM7 JUTA DIBAYAR KEPADA KETUA PERISIK TENTERA - JAWAB, JAWAB, JAWAB?
Satu lagi pendedahan yang memerlukan jawapan segera, bukan saja daripada Perdana Menteri, Najib Razak, tetapi juga daripada Kementerian Pertahanan yang diketuai oleh Hishammuddin Hussein.

Belum pun Najib berani tampil dengan jawapan sebenar berhubung bayaran RM9.5 juta kepada peguam Shafee Abdullah, kini satu lagi episod "cash is king" muncul menyesakkan dada rakyat seolah-olah sejak beliau menjadi Perdana Menteri, pemberian tunai dalam jumlah jutaan ringgit bukan lagi perkara biasa.

Selain kepada Shafee, banyak lagi pendedahan pemberian wang oleh Najib terdedah kepada umum. Semua wang itu pula dikaitkan dengan dana 1MDB yang dilencongkan.

Terbaru ini, bagaimanakah seorang Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan boleh menerima RM7 juta daripada seorang Perdana Menteri?

Kenapa wang tersebut diberikan melalui cek peribadi daripada Najib sendiri kepada Ketua Pengarah berkenaan?

Apakah tujuannya? 

Adakah pemberian wang itu dalam pengetahuan Kementerian Pertahanan, Menteri Pertahanan atau Panglima Angkatan Tentera?

Kepada siapa wang tersebut diagih-agihkan dan adakah anggota perisikan Kementerian Pertahanan tahu mengenai wang tersebut?

Oleh kerana wang RM7 juta itu didakwa diberikan kira-kira sebulan sebelum PRU 2013 lalu, adakah ia mempunyai kaitan dengan  pilihanraya atau berkaitan undi-undi pos daripada tentera?

Mungkinkah ia juga berkenaan perancangan perkara lain yang melibatkan pilihanraya 2013 yang hanya Najib dan Ketua Pengarah Perisikan Tentera saja merancangnya?

Kini, persoalan juga timbul, siapa lagi yang turut menerima wang juta-juta daripada Najib?

Adakah perisikan lain juga turut menerima wang daripada Najib?

Jawab, jawab, jawab Najib...lepas bercuti di Bali dan Perth, takkan masih dengan stail lama berdiam diri lagi? (ShahbudinHusin 06/07/2017)

Posted by Shahbudin Husin at 07:25

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa