Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 3, 2017

Mustafar pula terheret sama?

Hajat ke Barbados, Seychelles terbantut Khairuddin gesa Mustafar beri penjelasan
03 Julai 2017 | MALAYSIA DATELINE
Khairuddin Abu Hassan

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali digesa memberi pencerahan kerana masih menguatkuasakan larangan ke luar negara terhadapnya adalah tidak berasas, dakwa Datuk Khairuddin Abu Hassan.

Beliau selaku Koordinator Deklarasi Rakyat, pernah ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langlah Khas) 2012 (Sosma) mendakwa walaupun beliau dipenjara dan kes telah selesai serta pasport dipulangkan sebaliknya beliau masih tidak dibenarkan ke luar negara.
Justeru beliau mempersoalkan kewajaran Imigresen bertindak demikian yang bercanggah dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia kerana menyekatnya ke luar negara.

Beliau yang berhajat untuk bercuti di Barbados dan Seychelles merasa kecewa kerana tidak dibenarkan ke luar negara.

"Saya berhajat sangat nak pergi bercuti di Barbados dan Seychelles.

"Dua negara ini menjadi idaman perjalanan terakhir saya. Niat saya untuk bercuti, berehat, makan angin dan kemungkinan kerja sambil bercuti.

"Kedua destinasi ini merupakan pilihan terakhir saya untuk melancong.

"Lepas itu kalau nak sekat perjalanan saya lantak lah!! Asalkan impian ke dua negara ini tercapai cukuplah," ujarnya dalam kenyataan.

Datuk Seri Mustafar ali Justeru Khairuddin mengesa Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia memberikan pencerahan mengapa beliau masih lagi dihalang ke luar negara dan beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana jabatan kerajaan kleptokrasi ujarnya, yang menyekat hak perjalanannya ke luar negara.

"Saya ingin mendapat pencerahan daripada Jabatan Imigresen yang masih menyekat perjalanan ke luar negara!

"Saya sudah memenangi kes Sosma ini di mahkamah sesyen, mahkamah tinggi, mahkamah rayuan serta mahkamah persekutuan.

"Akhirnya hakim mahkamah sesyen telah mengarahkan agar pasport dipulangkan semula.

"Bila saya memperolehi pasport dari mahkamah dan terus ke jabatan imigresen untuk memperbaharui tarikh lupus malangnya; pegawai jabatan imigresen memaklumkan bahawa saya tidak dibenarkan ke luar negara.

"Penjelasan serta pencerahan dari ketua pengarah jabatan imigresen malaysia kelak bakal menentukan tindakan selanjutnya," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa