Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 3, 2017

Inilah sebabnya saya kata Tuan Ibrahim menongkah arus.......

* Atau mungkinkah Tuan Ibrahim tidak tahu menahu tentang dedak kepada pemimpin PAS yang terheboh itu?

Monday, 3 July 2017
PAS MULA TERBELAH DUA?

Tidak sampai dua minggu setelah Presiden Pas, Hadi Awang mengibaratkan saman DOJ sebagai campurtangan asing yang kemudian pantas diampu oleh Ketua Penerangannya, Nasruddin Hassan, pertentangan nyata kini terserlah melalui pendirian Timbalan Presiden Pas sendiri, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Hadi secara terbuka menyamakan saman DOJ sebagai campurtangan asing dan Nasruddin menambah perisa dengan mengatakan "jangan mempelawa beruang untuk menampar nyamuk di muka kancil", Tuan Ibrahim sebaliknya berkata, tidak mengejutkan tindakan agensi penguatkuasa itu terhadap 1MDB lantaran kegagalan Malaysia sendiri memainkan peranannya.
"Tonggak negara bergantung kepada keyakinan rakyat terhadap sistem dalam negara, termasuk sistem demokrasi berparlimen, sistem pemisahan kuasa dan seluruh institusi penguatkuasa - sama ada SPR, SPRM, PDRM, Jabatan Kehakimam, Jabatan Peguam Negara dan lain-lainnya.

"Kegagalan institusi penguatkuasa negara untuk menyiasat dan bersikap telus dalam skandal 1MDB membuka ruang kepada pihak lain yang sudi melakukannya," ujar beliau.

Lantaran itu, kata Tuan Ibrahim, tindakan DOJ bukan saja tidak mengejutkan, malah sudah dianggap perlu.
Apa pun syabas kepada Tuan Ibrahim kerana akhirnya berani menyuarakan suara hatinya. Pendirian ini bukan saja menunjukkan beliau ingin kembali kepada fikrah "amar makruf nahi mungkar", bahkan juga menggambarkan kefahamannya mengenai kemelut 1MDB berbanding Hadi, Nasruddin dan lain-lain pimpinan Pas.

Jika difahami, DOJ bertindak semata-mata berasaskan undang-undang dan kedaulatan negara mereka kerana sistem kewangan AS telah digunakan untuk mencuci wang haram yang asalnya bersumberkan daripada dana 1MDB.

Ia tidak jauh berbeza jika pengedar dadah AS didapati mencuci wang haram mereka di Malaysia dengan membeli hartanah dan pelbagai aset lain di negara kita.
Apakah jika kerajaan Malaysia bertindak mahu merampas harta-harta tersebut, ia dianggap sebagai cubaan negara kita campurtangan terhadap AS?

Tidak kira sama ada pendirian Tuan Ibrahim itu menunjukkan Pas mungkin terbelah dua atau sebagainya, tetapi yang nyata beliau telah membuka lorong selesa untuk ahli-ahli parti tersebut kembali berjuang berdasarkan kehendak agama.

Harus diakui skandal 1MDB adalah suatu jenayah dan sebagaimana dipetik daripada laporan DOJ yang menyebutnya sebagai "konspirasi antarabangsa untuk menyeleweng dana kekayaan Malaysia bagi membiayai cara hidup mewah dengan mengorbankan kepentingan rakyat Malaysia sendiri", Tun Mahathir Mohamad pula lebih tegas dan serius dengan mengatakan menyokong Najib samalah seperti menyokong jenayah yang dilakukannya.

Ia juga bertepatan dengan peringatan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, "di dunia kita membela yang mungkar, siapakah nanti yang akan membela kita di Padang Mahsyar?"
Oleh itu, tidak bermanfaat sama-sekali, malah jelas menyeleweng apabila  mengaitkan tindakan DOJ sebagai campurtangan asing. DOJ hanya bertindak kerana sistem kewangan negara mereka telah dipergunakan, selain sebahagian aset dan harta daripada wang haram itu juga dibeli di Amerika.

Tindakan membuat lencongan fakta itu tidak ubah seperti maksud tersirat mahu menyokong Najib tapi masih malu-malu kucing untuk berterus-terang kerana hati kecil sendiri ada keraguan terhadapnya.

Dan sebagaimana sebelum ini Tuan Ibrahim satu-satunya pemimpin Pas yang lantang dan kritikal bersuara tentang 1MDB, beliau kini jelas semakin menuju arah yang berlainan. (ShahbudinHusin 03/07/2017)

Anda mungkin juga meminati:

TUAN IBRAHIM PENYELAMAT PAS?
MEMANG PATUT TUAN IBRAHIM MENEGUR

Posted by Shahbudin Husin at 06:14 

Juga: Dari Mufti Perlis: Peringatan kepada pembela yang mungkar

2 comments:

  1. Very nice post. I just stumbled upon your weblog and wanted to say that I have really enjoyed browsing your blog posts.
    After all I will be subscribing to your rss feed
    and I hope you write again soon!

    my homepage ... Tôi đã nghiện! Còn bạn thì sao? TOP NHỮNG BẢN NHẠC ĐIỆN TỬ GÂY NGHIỆN SỐ MỘT THẾ GIỚI nhạc edm gây nghiện 2017

    ReplyDelete
  2. Sweet blog! I found it while surfing around on Yahoo News.
    Do you have any suggestions on how to get listed in Yahoo News?
    I've been trying for a while but I never seem to get there!

    Appreciate it

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa