Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 13, 2013

Apa Yang Siti Tahu Tentang FAM Dan Bila Disesah Kiri-Kanan Baru FAM Nak Sedar?

Adakah FAM secara sukarela membuang sikap angkuh dan pantang ditegur?
Setelah buat balah dengan Annuar Musa, TMJ dan sekarang KJ sekarang baru nak terbuka dan rela menerima teguran?
Baguslah kalau sentiasa akan begitu.......

Dan Siti, salahkah kalau yang muda dan ada tanggungjawab menegur yang tua?
Adakah tua itu sentiasa betul dan bijak membuat keputusan?
Kalau setakat nak membela Jamal, baik tak payah busukkan air liur!

Ini apa Siti tulis menerusi Twitternya

Selesai kemelut!
Oleh Syed Riduan Ahmad

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mahu terus berbalas kenyataan di media dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, sebaliknya mahu pertemuan diadakan secepat mungkin bagi memastikan masalah berkaitan bola sepak negara dapat diselesaikan. 

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, tiada konflik timbul antara badan induk bola sepak negara itu dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana masing-masing senada dalam usaha memartabatkan bola sepak negara. 


“FAM akan mencari tarikh yang sesuai dan diharap dalam perjumpaan itu nanti banyak masalah dapat diselesaikan. 

Cara lapuk 

“Kami sentiasa terbuka dengan sebarang pandangan dan apa yang diperkatakan Khairy adalah relevan dengan usaha dijalankan FAM,” kata Hamidin ketika ditemui, semalam. 

“Perang” antara Khairy dan FAM bermula apabila menteri berkenaan membidas tahap keselamatan serta sistem penjualan tiket final Piala Malaysia yang dianggap lapuk dan tidak berkesan. 

Difahamkan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan - Datuk Seri Afandi Hamzah dan Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu, Datuk S Sivasundram juga bersedia bertemu Khairy dalam pertemuan itu nanti. 


Hamidin kemudian memberi penjelasan dengan berkata FAM sedia mengkaji semula sistem berkenaan sambil menegaskan insiden penemuan pistol di dalam tandas Stadium Shah Alam ketika final 3 November lalu adalah kes terpencil. 

1 comment:

  1. Apa kata kalau kita hantar je pemain tua-tua belaka dan dlm kategori dihormati pula menjadi pemain bolasepak kebangsaan, barulah pemain pasukan Brazil (sebagai contoh) akan menghormati pasukan kita dan ada perasaan segan untuk menyerang dan menyumbatkan gol. Dlm pd tu mereka akan membiarkan saja pemain kita tadi menyerang dan dapatkan gol. Barulah negara kita boleh berbangga diperingkat antarabangsa. Sepatutnya dah lama buat begitu, macam tu kan datin?
    Teguran yg membina pun tak bolehke? Kalau umurnya melambangkan penuh pengalaman, dah setinggi mana mutu bolasepak negara? Diperingkat Asia Tenggara pun terkial-kial nak mengatasi Singapura yg populasinya ~10% berbanding Malaysia. Kalau peringkat asia terlebih lagi dunia, dah tak masuk book! Ayuh sdr KJ, tingkatkan mutu bolasepak negara melebihi dari apa yg pernah dicapai pada era 60an dan 70an. Menjadi pemain dimasa itu bukan untuk mengejar habuan wang ringgit, tetapi kemasyhuran negara. Sayangnya sekarang ini tiada lagi semangat juang itu. 'MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA'

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa