Lanyaklah rakyat sampai lunyai
Lepas petrol naik, semua barang keperluan naik harga
Tarif letrik juga akan naik
Tak apa padan muka rakyat yang bodoh pilih kamu sebagai kerajaan
Kenaikan cukai taksiran Kuala Lumpur ditangguh, kata Timbalan Menteri
OLEH EILEEN NG
NOVEMBER 27, 2013
LATEST UPDATE: NOVEMBER 27, 2013 05:24 PM
Putrajaya memutuskan untuk menangguhkan cadangan menaikkan kadar cukai taksiran di Kuala Lumpur ekoran bantahan daripada ahli Parlimen dan pemilik bangunan di ibu negara.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk J Loga Balan Mohan berkata, langkah ini bertujuan membolehkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendengar rayuan yang dihantar oleh pemilik bangunan yang terlibat dengan kenaikan cukai taksiran itu.
"Cadangan kenaikan akan ditangguhkan untuk membolehkan rayuan didengar mulai Januari tahun depan.
Berita baik ini disebarkan segera oleh Lim Lip Eng (DAP-Segambut) melalui Twitternya."Kami tidak membuat sebarang keputusan bila mahu dilaksanakan," katanya ketika menggulung perbahasan yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen hari ini.
"Berita terkini dari Parlimen. Cadangan kenaikan cukai taksiran ditangguhkan sehingga Mac tahun depan," katanya melalui twitter.
DBKL sudah menghantar notis kepada semua pemilik hartanah di Kuala Lumpur memberitahu mengenai cadangan kenaikan kadar cukai taksiran, iaitu antara 100% hingga 1,000%.
Notis itu bagaimanapun menyatakan jika ada bantahan terhadap kenaikan yang dicadangkan, pemilik hartanah perlu mendaftarkan bantahan mereka kepada DBKL sebelum 17 Disember.
Ekoran itu pelbagai bantahan dibuat oleh ahli Parlimen dan juga penduduk Kuala Lumpur yang terlibat.
Seorang peguam berkata, kenaikan kadar cukai taksiran yang bakal bermula 1 Januari ini mungkin boleh ditangguhkan jika ribuan pemilik hartanah menghantar surat rayuan yang mesti didengar secara individu oleh DBKL sebelum dilaksanakan.
Peguam, Derek Fernandez, berkata mana-mana yang tidak membuat bantahan kepada DBKL sebelum tarikh tutup 17 Disember ini akan tertakluk kepada kadar baru dan kadar kenaikan akan ditentukan masing-masing oleh pihak berkuasa tempatan dan Menteri Wilayah Persekutuan.
"Jika anda tidak membantah secara langsung kadar nilai tahunan hartanah anda akan ditetapkan mengikut senarai penilaian baru untuk hartanah anda," katanya. – 27 November, 2013.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa