PANDANGAN DAN PENDAPAT
BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI
MENYOKONG YANG BENAR
MENENTANG YANG SALAH
DARI SUDUT PANDANGANKU
Pengumuman
Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)
Wednesday, November 13, 2013
FAM Kebal Atau Bodoh Sombong?
Hah....baru jam 8.00 malam ini sampai ke rumah dari Ipoh dan Lumut menziarahi adik ipar yang sakit dan dimasukkan ke Hospital. 5 hari kami tiada di Kota Bharu Buka blog terus tengok tajuk yang pada aku samalah dengan ayam kapan cuba mengajar ayam jantan berkokok! Maka tergeli pulak aku untuk buat N3 berkenaan ini Jamal tak payahlah nak menyebok Walau pun bekas ADUN tapi bukannya pandai sangat Dia pernah belajar satu sekolah dan sama tingkatan dengan aku dulu Aku kenal dia dari sama-sama budak-budak lagi..... Bukan taraf dia nak menegur Khairy FAM dari dulu pantang ditegur, pantang dikritik! ‘Ini perang menteri-FAM’
“Jika beliau bukan ‘budak suruhan’ FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur,” kata Khairy ketika sidang media selepas melakukan lawatan rasmi ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM), semalam.
Budak suruhan
BH Sukan semalam melaporkan Jamal menafikan sekeras-kerasnya beliau bukan ‘budak suruhan’ FAM seperti didakwa Khairy, sebaliknya menegaskan yang tindakannya hanya mahu meluahkan rasa kecewa terhadap Khairy yang berterusan mengkritik FAM.
Sebelum itu, Khairy menafikan kritikan berterusan yang dilemparkan kepada FAM disebabkan dendam ke atas individu tertentu dalam badan induk itu seperti mana yang dibangkitkan Jamal.
Teguran yg membina pun tak bolehke? Kalau umurnya melambangkan penuh pengalaman, dah setinggi mana mutu bolasepak negara? Diperingkat Asia Tenggara pun terkial-kial nak mengatasi Singapura yg populasinya ~10% berbanding Malaysia. Kalau peringkat asia terlebih lagi dunia, dah tak masuk book! Ayuh sdr Khairi, tingkatkan mutu bolasepak negara melebihi dari apa yg pernah dicapai pada era 60an dan 70an. Menjadi pemain masa itu bukan untuk mengejar habuan wang ringgit, tetapi kemasyhuran negara. Sayangnya sekarang ini tiada lagi semangat juang itu. 'MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA'

ReplyDelete