Dulu apabila Pembangkang menimbulkan perkara ini SPR menafikan dengan muka menyinga dengan menyatakan Pembangkang cakap kosong dan mengarut tanpa bukti
Pihak BN kata Pembangkang merapu kerana tidak dapat menerima kekalahan
Sekarang seorang menteri BN pula yang mengungkitkan perkara yang sama
Apa pula kata SPR?
Adakah SPR akan kata menteri ni merapu?
Pokoknya bila mana-mana pihak yang kalah akan menuding jari ke arah mana yang dirasakan boleh menenangkan hati dan menyejukkan penyokong
Sekarang menteri ni tuduh pula Pembangkang yang import pengundi hantu
Hakikatnya siapakah yang berhak dan meluluskan pemindahan nama pengundi?
Pengundi hantu wujud pada PRK Dun Sungai Limau?
KUALA LUMPUR - BN mendakwa "pengundi hantu" wujud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim mendakwa, pada PRK lalu, terdapat pengundi yang tidak dapat dikesan kerana alamat tidak sama dengan tempat pembuangan undi.
Dakwanya lagi, perpindahan beramai-ramai pengundi ke satu kawasan pengundian telah berlaku pada PRK Dun Sungai Limau tanpa dikesan terutama di kawasan Bukit Besar.
"Dulu pihak pembangkang sebut pengundi hantu. pihak BN tidak tahu pun apa pengundi hantu. Rupanya perangai orang ini kalau dia nak buat nakal kepada seseorang ini, selepas dia menyamun, dia akan kata kita yang menyamun.
"Jadi dia tuduh dulu, seperti juga isu pengundi hantu ini. BN tak pernah buat kerja ini. Kami cari merata tempat tapi tak dapat kesan.
"Mereka hanya pergi daftar pemilih menggunakan borang daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang mereka tukar alamat pada hari pendaftaran dan mereka akan kembali ke tempat asal untuk menunggu pilihan raya," dakwanya pada sidang media, di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Sementara itu, Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau berkata, Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) perlu mengkaji perkara tersebut.
"PSC perlu kaji perkara ini"
"Saya akan cadangkan pada mereka bincangkan mengenai isu perpindahan ini atau pengundi hantu ini," katanya.
Beliau turut menggesa penduduk di kawasan tersebut menjalankan protes apabila daftar pemilih dibentangkan dalam tempoh 10 hari bantahan akan datang.
"Bukan sahaja kerajaan kena atasi masalah ini, tetapi penduduk juga perlu ambil bahagian dalam perkara ini untuk protes," ujarnya.
Alah jang, dah macam gelagat budak-budak main badminton kat laman rumah. Pakai reket dan kasut baik punya...lawan punya ceykai je, belanja minum pulak tu. Tup-tup kalah???!!! Bahasa jalanan sekarang 'bengkek' le. Gitu le gambaran yg dapek den huraikan.
ReplyDeletememang inilah dilakukan oleh pas untuk menangkan pemimpin mereka.begitu juga dengan hadi awang, bekas orang kuat beliau sendiri mengaku bertanggungjawab memindahkan pengundi luar untuk menangkan hadi awang pada waktu itu
ReplyDeleteSemua ini bagi tokwan is statements and behavior of BAD LOSER.
ReplyDeleteTokwan terlibat dalampilihanraya sekian lama sekian kali sejak 1965, dan akhir sekali 2004.
Sehingga sistem penjumlahan di temapt (saluran) mengundi dilaksanakan kita dapat lihat semua calon akan berada di pusat penjumlahan untuk mengtahui keputusan, bersalam maaf dan memberi tahniah kepada yang menang.... HARMONI samada lakonan atau realiti tak kisahlah.
Tetapi dengan sistem baru ini kita dah mengetahui calon yang menang apabila calon kalah dan penykong serta menteri (jika dari pemerintah) disappear in thin air.
Cepat, mudah dan berkesan seperti peluntur kotoran dala basuahan.... Mana mereka pergi????
Terkini di Sg Limau yang ada YB Azam calon PR
Bukankah baik jika bersama danbermaaf-maafan atas segala kesilapan dan kesalahan sepanjang masa berkempen. Membersihkan diri dari dosa fitnah, umpat dan keji?.....
Dimanakah nilai-nilai murni perjuangan, ini untuk semua calun BN atau PR..... SPR perlu memikirkan mekanisma mewujudkan semula suasana ini, salah satu cara ialah menahanaa / menangguh perkiraan satu dari peti untuk di buka kira di Pusat penjumlahan....
Agar calon dan petugas dan memperbaharui siratulrahim dan bermaafan tahniaha.
Tokwan Perak.
Ate, teman nak bekabo le pade Tokwan Peghak tu he, teman ni setuju bebeno ape yg Tokwan tulih tu. Tapi, ish ada pulak tapinye wehhh, kene juge teman nyakapnye juge pase cadang tingge satu peti yg last tu le, idak ke demer nak nipu keghoteh undi dlm kotak yg last ni. Nanti demer buat seghope macam undi poih, itu yg teman ghiso bebeno. Pade teman le bio dilantaknye le demer nak balik awe ke, nak tunggu sampe habih ke ato tak payah datang daghi mole, itu demer punya pase. Kalo deme ade lepeih tu kalah, ghiso juge nanti diteghajangnye kotak tu, itu baghu ye! Kalo demer tak nak betandin lagi seghonok sesangat teman. Ce pikio pulak,kalo majeriti deme tetingge lehih daghi jumlah semuenye yg ade dlm kotak tu, belum bukak kotak deme dah tau demer kalah, ce pikio. Tak pase-pase kotak tu ditegheban demer. Tak sio nak nyoreh panjang lebo Udah le senang ceghite, kite ni buat le keghoje kite
ReplyDelete