Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 18, 2013

Kih..Kih...Kihh....Sedarlah Diri Ko Tu Sikit!

Dah lebih sudu dari kuah
Sape dia nih nak ngada-ngada
Dalam parti yang hang tumpang pun ko tak laku

Ini urusan rumah tangga oranglah Oiit......
Ini nak mengajar hak anggota parti lain pulak
Wehh.....sedarlah diri ko tu sikit!

Jangan pilih pemimpin yang pro Anwar
Ikhwan Zulkaflee  | November 18, 2013
"Saya pendapat muktamar kali ini dapat kembalikan ulama sebagai pemimpin utama PAS. PAS sewajarnya menolak pimpinan wala' kepada Anwar Ibrahim,"







PETALING JAYA: PAS perlu elak memilih pemimpin yang meletakkan kesetiaan kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Muktamar Tahunan PAS ke-59 yang bakal berlangsung pada minggu ini.
Menurut bekas Exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam, perkara ini harus dielakkan supaya PAS dapat menjadi entiti yang boleh berdiri atas kaki sendiri dan tidak hanya menjadi kuda tunggangan DAP dan juga PKR.
“Saya pendapat muktamar kali ini dapat kembalikan ulama sebagai pemimpin utama PAS. PAS sewajarnya menolak pimpinan wala’ kepada Anwar Ibrahim,” katanya apabila dihubungi FMT hari ini.
Lokman, yang tumpas dalam perebutan Naib Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti tersebut baru-baru ini turut berkata PAS harus bersama dengan Umno untuk merealisasikan hasrat mereka untuk menjadikan Malaysia negara Islam.
“Saya nampak ramai kepimpinan PAS yang lama khususnya dari latar belakang ulama, mereka sedar terlalu banyak perkara yang PAS perlu korbankan bila bersama PR. Antaranya Negara Islam, Hudud, cita-cita nak tutup pusat hiburan dan banyak benda lain terpaksa PAS korbankan khususnya sebab bersama dengan DAP,” katanya.
Beliau yang suatu ketika dulu pernah bersama dengan PKR dan memegang jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR berkata jika PAS bersatu dengan Umno, cita-cita PAS dapat dicapai walaupun sedikit, jika tidak semua.
“Sudah banyak perkara yang kerajaan sekarang lakukan untuk menegakkan agama Islam. Contohnya, Pejabat Peguam Negara sudah beri kelulusan kepada Mahkamah Syariah untuk kenakan hukuman tanpa had berlandaskan hukum Islam termasuk hukuman sebatan.
“Ini antara beberapa perkara untuk bergerak ke arah melaksanakan hukum Islam secara keseluruhan. Sekiranya dapat bantuan dari rakan-rakan dari PAS saya yakin perkara ini tidak mustahil akan tercapai,” jelasnya.
Tambahnya lagi, kepimpinan pemuda PAS harus menjadi tunjang kepada penyatuan ummah dalam negara.
“Harus terima hakikat bahawa dalam usaha meletakkan Islam di darjat yang dihormati oleh seluruh masyarakat, suka tak suka kena terima hakikat dua buah parti terbesar Islam di Malaysia harus disatukan (PAS dan Umno).
Beliau turut berharap yang PAS akan dibarisi oleh pemimpin yang mesra perpaduan ummah daripada pemimpin yang hanya sanggup mengikut telunjuk DAP dan PKR sahaja selepas muktamar tahunan mereka nanti.

4 comments:

  1. ".....ada dua parti terbesar Islam di Malaysia......"
    Bila pula Malaysia ada dua parti terbesar Islam???? Umnob bukan parti Islam tapi parti yang konunnya untuk bangsa melayu.Malangnya bahasa melayu pun tak mau di gunakan..bergelar lah ia United Malay National Organisation.Mana bahasa melayunya???
    Bolih percayakah pari untuk melayu tapi tak tahu bahasa melayu.
    Tapi dilihat dari kepimpinannya pati Umnob ni patut di jenamakan United Mamak Nana Organisation.
    Yang buat gesaan ni pun gaya mamak je.

    ReplyDelete
  2. alahai mamat yg tak laku dlm umno..knp lar hang nak sgt kpd pas..hang tak tau ker yg tauke parti hang cakap.pas parti ajaran sesat..hang guna lah idea hang tu utk berdakwah kpd parti umno tu dulu

    ReplyDelete
  3. UMNO itu sendiri membawa maksud: United Malay Never Occur
    Antara contohnya UMNO asal & UMNO baru. UMNO asal jujur serta ikhlas memperjuang dan membela nasib kaum melayu spt DEB, Felda dll tanpa menafikan hak warga kaum lain. UMNO baru pula jauh tersasar dari dasar asas tersebut. Perjuangan UMNO baru tertumpu kepada kepentingan diri serta konco-konco shj disamping menindas rakyat yg lain. Janganlah mengambil kredit jasa UMNO asal yg telah diharamkan untuk kepentingan UMNO baru. UMNO baru inilah perosak negara bangsa (baca bangsa bukan kaum) serta menggadai kesucian agama islam

    ReplyDelete
  4. Inilah bila beruk bercakap, agaknya beruk lebih baik.
    Nak kata bodoh, memang bodoh, nak kata bangang dah pasti bangang....
    Darimana datng satu lagi parti Islam?
    Budak ni tak ada CGPA langsong sama dengan Pak Dan dan Nancy Sentubung.....
    Bodoh, bengong, bahlol dan tolol

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa