Tengoklah...
Mana ada nampak kesungguhan dari SPR ke arah itu?
Buat masa sekarang yang nampak SPR hanya menceceh berkenaan perkara remeh dan merapu tak tentu hala dan mempersalahkan pihak lain
Nampaknya gesaan demi gesaan tidak dipedulikan SPR
Yang peliknya SPR yang sepatutnya menjadi orang tengah bagi pihak YDP Agong pun tak segan silu bertindak seakan memihak!
Apa nak dikata bila mereka anggap rakyat semuanya 'buta'
MP: Bersihkan daftar pengundi sebelum p'raya
Pilihanraya umum tidak seharusnya diadakan melainkan pengundi yang tidak layak serta meragukan kewarganegaraannya, telah dibersihkan daripada senarai daftar pemilih, kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Hiew King Cheu.
Katanya, adalah tidak adil bagi rakyat Malaysia tulen sekiranya pilihanraya diadakan dengan senarai daftar pemilih sedemikian.
“Berdasarkan kepada perkembangan semasa, sejumlah besar rakyat Malaysia yang tidak layak serta meragukan tersenarai dalam daftar pemilih. Maka, pilihanraya tidak seharusnya diadakan melainkan senarai pemilih dibersihkan.”
“Ramai mengaku secara terbuka bahawa mereka telah diberikan kewarganegaraan oleh kerajaan BN untuk mengundi pada pilihanraya-pilihanraya lepas.”
“Adakah kerajaan BN ingin meneruskan pilihanraya umum ke-13 dengan senarai daftar pengundi yang dipertikaikan, atau mengakui kesilapan lepas?” tanya Hiew dalam suatu kenyataan yang dikeluarkan petang semalam.
Jelas beliau Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan Hak Asasi Manusia telah memperuntukkan bahawa isu seumpama ini perlu ditangani secara adil.
Oleh yang demikian, katanya, hak kedaulatan rakyat Malaysia untuk mengundi perlu diletakkan pada tahap yang tinggi, katanya lagi.
“Ia tidak seharusnya dikompromi demi kepentingan beberapa orang ahli politik yang ingin mengekalkan kuasa,” katanya sambil menambah tindakan mereka itu merupakan suatu pengkhianatan dan perlu dibawa ke muka pengadilan.

pengkhianatan terbesar terhadap rakyat,negara ! ABU saja penyelamat !
ReplyDelete