Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 2, 2013

Penyakit Mahafiraun Dah Berjangkit Kat Malaun Ni Pulak Daah.....

Hakikatnya saya sendiri tidak menentang ISA
Selagi ISA tidak zalim 
Dengan syarat tidak disalah gunakan sebagaimana sebelumnya

Pada asalnya undang-undang itu diwujudkan hanya untuk Petualang Negara 
Bukan untuk musuh politik dan pendakwah

Tapi tengok
Akhirnya siapa yang mereka sumbat di sana?
Sehinggakan Pak Lah anak Tok Lebai pun terpalit sama
Mahathir ingat hati orang lain pun sebusuk hati dia
Maka sekarang ada sebab yang Mahathir cukup takut kot?

Biasalah kan....
Sipencuri yang takut hartanya akan dicuri
Kaki pukul takut akan dipukul balas
Hanya Sipengecut takutkan hantu
Dan yang pasti Penjahat takut tertangkap!

Musa Hassan dakwa PR mahu wujud semula ISA
2 Februari 2013

PETALING JAYA - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemungkinan besar mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau berkata, ia berikutan tindak tanduk Anwar dan kenyataan PR yang sering berubah-ubah dalam sesuatu isu, maka tidak mustahil akta tersebut diwujudkan semula jika mereka berkuasa.

Menurutnya, ia berikutan ISA diakui oleh ramai pihak sebagai satu undang-undang pencegahan yang berkesan, malah banyak negara termasuk Amerika Syarikat meniru akta tersebut.

"Kita tidak tahu apa yang ada dalam hati beliau (Anwar), tidak mustahil ISA boleh diwujudkan semula jika mereka memerintah.

"Kenapa saya berfikiran begitu, kerana mereka sudah memulakan budaya huruhara, memainkan isu perkauman, agama dan memainkan soal keselamatan negara," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, beliau gembira ISA tidak lagi wujud kerana PR tidak boleh lagi menyumbat orang ke dalam penjara jika mereka berkuasa.

Dakwa Dr Mahathir lagi, perkara pertama yang pembangkang akan lakukan jika berkuasa adalah menutup pintu keluar masuk negara dan menangkap pemimpin lawan.

Selain itu, Musa turut menegaskan 'Arab Spring' boleh tiba di negara ini sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah pencegahan berkesan daripada sekarang.

Katanya, jika perkara tersebut berlaku, segala pembangunan dan kemajuan yang dikecapi negara sejak 56 tahun lalu sia-sia.

"Sebagai rakyat, semua pihak perlu menjaga keamanan negara, jangan termakan hasutan yang mahu menghuru-harakan negara. Dalam hal ini kerajaan kena pastikan ia tidak berlaku.

"Saya juga melihat ada usaha pihak luar yang mahu negara kita hancur dari dalam, melalui musuh yang halimunan," katanya.

Ditanya mengenai musuh halimunan ini, Musa berkata musuh ini sukar dikesan kerana mereka bergerak di kalangan rakyat negara ini.

"Ancaman itu semakin lama semakin besar, mereka bercita-cita menawan negara ini. Jadi tugas sekarang adalah menyedarkan rakyat tentang bahaya perkara ini dan apa perancangan mereka untuk rosakkan negara.

"Dulu pihak luar bergerak melalui CIA untuk musnah negara lawan, sekarang tidak lagi kerana semua sudah tahu, mereka sekarang bergerak melalui NGO-NGO yang berada dalam negara," katanya.

6 comments:

  1. Sungguh tidak adil kiranya Musa Hasan hanya lihat kononnya Pembangkang sahaja yang salah. Tidakkah BN yang memanipulasi, membuat fitnah dan pelbagai kerja kotor untuk menyambung talian hayatnya. Rasanya Musa Hasan tidak menghormati kehendak dan gelombang Rakyat bawahan yang ditindas, ditipu dan dimanipulasi BN.
    Musa Hasan buta mata atau buta hati? Rakyat dapat lihat apa yang Musa Hasan? Apatah lagi pastinya yang akan menghakimi Musa Hasan kelak adalah Allah yang maha esa.

    ReplyDelete
  2. orang macam ni bila pencen & takdak apa nak buta, jadi gila babi.

    ReplyDelete
  3. Semua sudah mendapat musibah dari doa rakyat yang ditindas .olih itu banyakan berdoa semunga yg benar tetap benar dan dapat kemenangan dan terus merombak segala kejahilan yg dibuat olih bn.

    ReplyDelete
  4. Kah kah kah Kenyataan or bersalah yang ketakutan ...

    ReplyDelete
  5. Sekali barua akan tetap barua selamanya melainkan dah bertaubat!

    ReplyDelete
  6. mamat ni memang termasuk dalam puak yang dikenali jangan tertipu dengan kenyataan penuh muslihat.yang ponting tumbangkan depa dalam pru 13

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa