Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 2, 2013

Contohilah Kamu Akan Khalid Al-Walid...

Kalau ya, bagai dikata
Saya ucapkan tahniah dan selamat berjuang serta beristiqamah
Contohilah Khalid Al-Walid yang tetap setia berjuang walau pun dipecat
Pangkat hanyalah darjat untuk manusia! 

Janganlah lagi buat perangai yang membebankan parti
Dan meragukan ramai
Berhentilah jadi 'titi' untuk dipijak orang
Jauhilah diri dari menjadi 'perkakas' musuh

Tapi apa pun nada anda masih lagi sumbang!
Nasha Akan Terus Berada Dalam PAS Pertahan Perjuangan Asal Parti
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa pada Sabtu menegaskan beliau akan kekal sebagai anggota PAS untuk memastikan perjuangan asal parti dalam menegakkan Islam dan membela orang Melayu tidak 'dicairkan' berikutan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP.
Beliau yang juga bekas anggota Majlis Syura Ulama PAS berkata, statusnya sekarang yang tidak menyandang jawatan dalam kepimpinan parti tidak menghalangnya daripada terus mempertahankan perjuangan asal parti.
"Tidak betul kata kalau tak jadi anggota Majlis Syura Ulama tidak boleh bersuara, saya masih boleh bersuara sebagai anggota biasa akar umbi parti. Saya mahu perjuangan asal PAS kekal, bukan sewenangnya dicairkan ikut kemahuan rakan pembangkang lain.
"PAS sebelum adanya pakatan pembangkang ini punyai kekuatan bagi berdiri dan maju sendiri sebagai sebuah parti yang perjuangkan Islam. Namun kekuatan itu dicairkan sedikit demi sedikit demi memenuhi kehendak pakatan itu," katanya kepada pemberita di kediamannya di Bandar Bukit Mahkota, Kajang di sini.
Isnin lepas, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Nasharuddin masih kekal anggota PAS walaupun dipecat daripada Majlis Syura Ulama PAS, dan Nasharuddin juga tidak disenarai sebagai calon PAS pada pilihan raya umum ke-13.
Nasharuddin berkata, beliau menyertai PAS kerana parti itu dahulunya sentiasa konsisten memperjuangkan isu Islam.
"Mutakhir ini dilihat kepentingan politik itu diambil kira terlebih dahulu. Ia semakin melampau apabila semakin menghilangkan identiti PAS sebagai parti yang sentiasa konsisten memperjuangkan Islam, malah mula menenggelamkan suara akar umbi yang mahu perjuangan Islam itu di depan," katanya.
Mengenai pemecatannya daripada Majlis Syura Ulama, beliau berkata: "Saya akur dengan keputusan majlis itu, tetapi sehingga kini selepas lebih dua minggu saya hanya mengetahuinya melalui media tanpa apa-apa surat rasmi...saya juga ingin tahu apa status keanggotaan saya sekarang".
Ditanya adakah pemecatan beliau dan tindakan tidak meletakkan beliau sebagai calon PAS pada pilihan raya umum ke-13 berkait dengan golongan 'parasit PAS', Nasharuddin berkata pendirian PAS tentang sesuatu isu kini melanggar dasar utama parti hasil perbuatan parasit itu dan tidak menolak kemungkinan pemecatannya memudahkan usaha 'pelanggaran' itu.
Mengulas tindakan beliau mengikut lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini dan Makkah tidak lama dahulu sehingga menimbulkan kontrovesi di kalangan penyokong pembangkang, Nasharuddin berkata, tindakan itu adalah perjuangan untuk membela nasib umat dan agama Islam.
"Ini adalah sumbangan saya untuk negara, tidak kira Umno, BN (Barisan Nasional) atau PAS, sekiranya ada peluang bagi saya membela nasib umat Islam dan memperjuangkan Islam, saya akan ambil.
"Pihak Umno dan BN menerima pendirian saya ini dengan tangan terbuka, mereka tidak kisah saya orang PAS. Sebagai seorang rakyat Malaysia bila negara mahukan saya menyumbang demi kemajuan Islam dan rakyat, saya terima dengan hati terbuka," katanya.
Nasharuddin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau menerima habuan daripada Umno dan BN untuk berpaling tadah sambil menegaskan perjuangan Islamnya tidak boleh dijual beli. - mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa