Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 2, 2013

Perangai Yang Susah Nak Buang Dari siTua Kutuk Ni

Perlukah YDP Agong bersuara di dalam isu ni?
Kalau PR nak aman, sila tutup mulut busuk dia ni
Atau tunggu mamposs baru boleh diam?
Jenis seorang komander yang selalu berikan peluru kepada musuh

Haji Hadi pun satu hal
Kan ini adalah masa yang paling tidak patut ada pertelingkahan

Karpal kecewa kenyataan Hadi berhubung isu kalimah Allah
February 02, 2013

GEORGE TOWN, 2 Feb — Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata adalah salah untuk menyatakan keputusan Majlis Syura Ulama PAS berhubung isu kalimah Allah diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.

Dalam hal ini, beliau kecewa dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar yang memetik Abdul Hadi sebagai berkata larangan ke atas orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu telah selesai dan bahawa pimpinan atasan DAP juga menerima penjelasan berhubung perkara itu yang dibuat Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa satu pertemuan ringkas dengannya di Pulau Pinang Isnin lepas.

Beliau menegaskan tiada sebarang perkara dibincangkan berhubung isu itu apabila beliau bertemu Nik Abdul Aziz pada pertemuan tidak rasmi itu.

Katanya Majlis Syura Ulama PAS tidak sepatutnya berpegang teguh dengan pendiriannya kerana ia bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Karpal Singh berkata DAP tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman PAS sebaliknya berpegang kepada pendirian yang diambil pakatan pembangkang selepas Penasihat DAP Lim Kit Siang, Abdul Hadi dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR, bersetuju bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh orang bukan Islam - MI

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa