Pada akulah apa saja cara adalah bergantung pada budibicara Panglima-Panglima ATM di tiga cabang
Tapi penghapusan terus Pengganas bersenjata yang merobek kedaulatan negara dengan pencerobohan bersenjata dan mencabar kekuatan dan kesabaran kita dengan menembak mati anggota polis kita adalah wajar - di situasi ini kekejaman melampau tidak timbul
Pada akulah, untuk menyingkatkan masa krisis, menamatkan secepat mugkin, penggunaan Jet dan bom adalah wajar
Takkan untuk menamatkan krisis ini dengan cepat tentera kita nak pakai lastik!
Mungkin yang mengkritik cara pelaksanaan oleh tentera kita ini adalah seorang yang tahu tektikal dan peralatan tentera - itu adalah pandangannya
Nur Misuari supaya rundingan digerakkan semula, nampaknya tidak dilayan oleh kerajaan BN - ini pun aku setuju tidak dilayan
Apa faedahnya melayan menusia yang besar kepala dan berfikir mereka kuat?
Sebelum ini bukankah kita sudah buka pintu rundingan dan kita berlembut tapi apa yang mereka balas?
Apa pun di bawah ini adalah satu kenyataan yang paling bengap dari seorang Menteri KDN
Penggunaan Jet Pejuang Satu Pembaziran/Kekejaman Melampau
ENTAH dari mana pemikir angkatan tentera kita mendapat idea, untuk menumpaskan sekumpulan kecil pasukan gerila seumpama pasukan tentera diraja Sulu ini perlu menggunakan pesawat pejuang?
Itulah yang memeranjatkan laman ini bila dimaklumkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan 3 buah pesawat pejuang F/A18D Hornet dan 5 buah pesawat Hawk MK 108/208 untuk menyerang kedudukan tentera diraja Sulu di Kampung Tandao.
Bukankah itu satu pembaziran? Serang sebuah kampung dengan menggunakan jet pejuang?
Setiap pesawat F/A18D Hornet dan Hawk MK 108/208 mampu membawa sekurang-kurangnya 2 buah bom jatuhan bebas (free fall) seberat 500 lbs atau 250 lbs setiap satu.
Hawk MK 208
Setiap sebiji bom ini berharga sekitar RM 2 juta dan dengan 16 biji yang digunakan, ia bermaksud kerajaan membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 16 juta untuk bom (belum termasuk operasi pesawat) – dan itu hanya untuk operasi di udara sahaja.
Kita masih ada lagi operasi moping dan tempur di darat oleh pasukan Gerak Khas Komando, tentera dan polis, menggunakan pelbagai jenis kenderaan dan senjata yang turut menggunakan kos yang tinggi.
Selain itu, penggunaan bom berkuasa tinggi seperti itu turut menjadi persoalan dari segi kewajaran, memandangkan tentera diraja Sulu berkenaan hanya menggunakan senjata pegangan tangan (hand held weapon) seperti rifle M-16, RPG, mortar dan pelancar grenad.
Wajarkah kuasa tembakan sebesar itu digunakan untuk menghapuskan ancaman kecil seperti ini?
Malah ada berita yang tidak disahkan menyebut, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), turut melancarkanpeluru berpandu bawah air ke permukaan jenis Exocet SM-39 dari kapal selam jenis Scorpene untuk memusnahkan ancaman tentera diraja Sulu ini!!
Semua ini membuktikan dengan begitu ketara sekali bahawa kerajaan BN hanya berminat untuk menghapuskan tentera diraja Sulu tersebut. Permohonan bekas gabenor Mindanao, Nur Misuari supaya rundingan digerakkan semula, nampaknya tidak dilayan oleh kerajaan BN.
Sebaliknya permintaan itu dibalas dengan serangan besar-besaran yang lebih kepada mahu menunjukkan kekuatan, berbanding menumpaskan tentera diraja Sulu itu.
Dari segi kemanusian pula, apakah nasib tentera diraja Sulu itu setelah kekuatan seperti ini digunakan? Ketepikan dulu penggunaan peluru berpandu dari kapal selam Scorpene itu, kita cerita soal penggunaan bom itu sahajalah.
Adakah ia wajar? Inikah yang dinamakan ‘jantan’?
Laman ini melihat, penggunaan semua persenjataan berkuasa tinggi ini sekadar membuktikan kerajaan Malaysia ini pengecut kerana menggunakan kekuatan udara yang tidak dimiliki tentera diraja Sulu untuk menghapuskan mereka.
Suarapakatanrakyat.com boleh menerima kalau tentera nak menggunakan pesawat Hawk MK 108/208 kerana pesawat-pesawat itu memang dikhususkan untuk serangan aras rendah sahaja. Tapi Hornet? Itukan pesawat canggih yang dikhususkan untuk pertempuran udara-udara (dogfight) dan serangan pada waktu malam!!
Lagipun laman ini berpandangan, aset-aset sedia ada di darat seperti kereta kebal utama (MBT) PT91M Pendekar yang dimiliki tentera darat, sudah cukup untuk menghapuskan semua ancaman tersebut.
Atau paling tidak, pelancar roket berganda jenis Astros II yang turut berkemampuan melancarkan serangan dari jarak jauh kalau ATM takut sangat tenteranya mati.
Pakatan Rakyat dengan ini menuntut penjelasan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, apakah kewajaran membenarkan penggunaan senjata berkuasa tinggi ini oleh angkatan tentera kita dalam menghapuskan musuh yang berada dalam skala yang begitu kecil?
Selain wang yang dibazirkan, ia juga menunjukkan hilangnya kemanusian kita kerana laman ini yakin dengan bom sebesar itu, hancur berkecailah mayat tentera diraja Sulu tersebut dan ini adalah merupakan satu bentuk kekejaman yang amat dahsyat!! - sumber
Depa ni dah hilang pertimbangan dan dah menunjukkan ketidakwarasan dalam membuat keputusan perbuatan. Itulah akibatnya kalau sekali tipu, tipu selanjutnya jadi tak menentu.
ReplyDeletepakcik,
ReplyDeletebuat yg mempertikaikan wajaran tentera menggunakan jet pejuang mungkin tidak tahu apa kejadian sebenar 6 anggota plis yg diserang hendap di semporna. mereka mungkin tidak tahu bagaimana polis tersebut di bunuh dan diperlakukan. saya yakin kerajaan mengambil keputusan menyerang secara besaran selepas kejadian di semporna. saya tinggal di KK dan terus terang saya sendiri berasa agak takut dgn reaksi segelintir org sulu di Sabah yg kesetiaan mereka masih kepada Sulu walaupun ramai yg kita tahu kesetiaan mereka kepada Malaysia.
Nak tamatkan cepat. Piliharaya dah dekat.
ReplyDelete