Tak tahulah di dalam kes ini siapa yang lembab siapa pula yang bengap!
Bekas panglima: Rantaian arahan perlu jelas
Bekas panglima tentera darat Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein berpendapat pencerobohan di Lahad Datu sepatutnya boleh ditangani dalam masa lebih singkat seperti peristiwa Sauk dahulu yang hanya mengambil masa empat hari.
Katanya, operasi pihak keselamatan dalam peristiwa Sauk itu dilakukan dalam masa lebih singkat kerana terdapat rantaian perintah yang lebih jelas.
"Sepatutnya ada rantaian arahan yang jelas tetapi buat masa ini saya tak fikir ia berlaku.
"Jika saya boleh bandingkan dengan Sauk, kita mampu selesaikan dalam masa empat hari.
"Kenapa? Kerana kita ada struktur arahan yang jelas dan penggemblengan (tentera dengan) segera," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR pagi tadi.
Beliau yang bersara pada 2002, bagaimanapun menjelaskan bahawa pendangannya itu mungkin berbeza sekiranya melihat sendiri keadaan di lapangan.
Bekas pesuruhjaya tinggi Malaysia ke Pakistan itu hari ini mengumumkan menyertai PKR dan menyokong Pakatan Rakyat secara rasmi.
Sementara itu para MP Pakatan Rakyat hari ini mengulangi gesaan mereka agar satu sidang Parlimen khas diadakan untuk membincangkan pencerobohan Lahad Datu.
MP Bukit Bendera dari DAP, Liew Chin Tong, berkata amalan demokrasi menetapkan soal keselamatan dan soal hubungan luar negara diputuskan secara dwipartisan.
"Sebagai ahli parlimen, kami mahu diberi peluang memahami latar belakang isu ini.
"Isu ini mewajarkan satu sidang khas parlimen diadakan," kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam satu sidang media sebelumnya.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya hari ini juga mengulangi gesaan agar Putrajaya menyebarkan lebih banyak maklumat berkenaan insiden itu seperti yang dilakukan Manila.
"Dalam beberapa hari yang pertama, kita dapat lebih banyak maklumat daripada Manila berbanding Malaysia," katanya.
Tambahnya, kerajaan sekurang-kurangnya perlu mengadakan satu sidang meja bulat secara tertutup dengan Pakatan Rakyat.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa