Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 14, 2017

Siapa sebenarnya yang bermimpi?

Khamis, April 13, 2017 
Hajat rampas Kelantan dan bentuk kerajaan di Perak: Siapa sebenarnya yang bermimpi? 

Kecuali la kalau PAS Perak sanggup untuk bertanding dikerusi-kerusi yang dikuasai oleh DAP. Cuma masalahnya kalau bertanding di kerusi yang dikuasai DAP dalam mimpi pun belum tentu calon PAS boleh menang


Malaysiakini dalam berita bertajuk "Hajat rampas Kelantan dari PAS hanya mimpi" melaporkan:


Pemuda PAS Kelantan yakin parti itu akan terus berkuasa di negeri berkenaan selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari, berkata penuduh yang begitu yakin mereka dapat merampas Kelantan daripada PAS perlu berpijak di bumi nyata.

"Mereka kena ingat, Umno pun berpecah, PKR pun bergolak,” katanya dilapor Sinar Harian hari ini.
Mkini.
Juga dilaporkan:


Terdahulu, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Hazmi Hassan, membayangkang PAS akan kecundang pada PRU ke-14 jika mereka kekal enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
- Ibid.
Itu cerita di Kelantan yang PAS masik berkuasa sejak allahyarham TG Nik Aziz dengan bantuan dan kerjasama Tengku Razaleigh  berjaya merampas Kelantan dari tangan Umno.

Di Perak pulak berlainan ceritanya.

Malaysiakini dalam berita bertajuk "PAS yakin bentuk kerajaan di Perak" melaporkan:


Pemimpin PAS Perak sekali lagi menarik perhatian apabila membuat komen ringkas mengenai perancangan masa depan parti itu menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.

Hari ini, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, membayangkan mereka benar-benar bakal mentadbir negeri itu daripada BN.

Caranya - PAS akan meletakkan calon di 30 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan berdoa supaya Umno tidak meletakkan calon mereka di situ. - Mkini.
Kalau tanya aku, dengan penuh yakin dan lidah yang fasih aku akan kata PAS memang sedang lena diulik mimpi.

Realitinya di Kelantan pada PRU2004, PAS cuma berjaya mempertahankan Kelantan dengan kelebihan 2 kerusi, dan salah satu kerusi cuma menang dengan majoriti 2 undi sahaja. Harus diingat pada ketika itu allahyarham TG Nik Aziz masih sihat.

Sekarang ni pulak, mungkin Pemuda PAS Kelantan betul tak tahu atau saja tak nak ambil tahu, 'kebangkita' yang Hj Husam bawa cukup memberangsangkan, ditambah pulak dengan gelombang yang Dr. Mahathir bawa memang peluang untuk Pakatan Harapan merampas Kelantan cukup cerah.

Antara indikator yang menarik perhatian aku dalam satu ceramah yang menggandingkan Hj Husam dengan Dr. Mahathir berjaya kutip derma lebih RM17ribu, satu jumlah yang cukup besar untuk kutipan derma di tempat ceramah yang tentunya melambangkan sesuatu.

Kalau cuma atas alasan "Umno pun berpecah, PKR pun bergolak", perpecahan dalam PAS lagi teruk malah perpecahan dalam PAS yang paling teruk adalah di Kelantan.

Senario di Perak pulak pada aku bukan takat mimpi tapi lebih sesuai kalau aku kata lawak jenaka.

Sangat tak logik untuk Hj Razman sebagai pesuruhjaya PAS boleh keluarkan kenyataan macam tu. Dalam keadaan dia boleh kata hampir setiap hari muatnaik status facebook kata PAS akan terus lawan Umno, tiba-tiba pula dia boleh kata harap Umno tak letak calon.

Umno cuma mungkin takkan letak calon di kerusi yang PAS letak calon kalau Umno dan PAS bekerjasama. Tapi kalau Umno PAS bekerjasama mustahil Umno akan bagi PAS 30 kerusi dari keseluruhan 59 kerusi.

Kecuali la kalau PAS Perak sanggup untuk bertanding dikerusi-kerusi yang dikuasai oleh DAP. Cuma masalahnya pulak kalau bertanding di kerusi yang dikuasai DAP dalam mimpi pun belum tentu calon PAS boleh menang.

Jadi, sebagai kesimpulannya aku dok nampak memang PAS sedang bermimpi. Atau mungkin lebih tepat lagi PAS sekarang ni dalam mod syok sendiri, menang sorak kampung tergadai.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

3 comments:

  1. PJ PAS Perak patut bertanding di tanjung rambutan krn ramai penyokong dia di situ

    ReplyDelete
  2. Woi, itu kg aku, jgn nak hina pulak, cakap le hosp.tjg rambutan

    ReplyDelete
  3. PAS For All Tolols. This one from Perak Division. Bila berkopiah tu, terserlah ketololannya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa