Saturday, April 22, 2017

Dah dekat benar dengan pilihanraya kot?

Tanda-tanda besar pilihan raya umum mula muncul
22 April 2017 | BORHAN AHMAD
MB Pahang mengayuh basikal dengan diiringi polis trafik.

Tanda-tanda besar pilihan raya umum ke 14 semakin hampir mulai muncul sekarang apabila para pemimpin dilihat mula mendekati rakyat.

Yang tidak pernah naik basikal pun naik basikal manakala yang tidak pernah naik bas pun mula naik bas.
Ahli parlimen Temerloh naik basikal ketika melawat penyokongnya
Abe Jib dan Kak Mah......mesranya!
video
Yang tidak pernah peluk isteri pun mula peluk isteri di khalayak ramai bagi menunjukkan mereka keluarga bahagia walaupun sebelum ini kena siku sahaja.

Ada juga yang tidak pernah pegang batang penyapu dan menyapu sampah tetapi mula berbuat demikian sekarang ini.

Semuanya gara-gara mahu menunjukkan mereka dekat dengan rakyat.

"Ini adalah tanda-tanda besar pilihan raya," kata seorang ustaz yang memberikan kuliah di sebuah surau seumpama tanda-tanda besar dekatnya dunia akan kiamat.

Menurut khabar-khabar angin, pilihan raya akan diadakan seawal bulan Ramadhan akan datang.

Jika persempadanan semula kawasan pilihan raya mahu digunakan dalam pilihan raya kali ini, paling awal ia boleh diadakan adalah Oktober tahun ini.

Namun begitu, ramai percaya pilihan raya akan diadakan tahun depan kerana negara masih kekurangan wang untuk membolehkan pilihan raya diadakan segera.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa