Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 22, 2017

PRU 14: Parti mana kuasai Kelantan?


PRU KE-14: PARTI MANA KUASAI KELANTAN?
1. Sekiranya diadakan pilihan raya sekarang, PAS yakin mereka akan kekal memerintah Kelantan. UMNO juga yakin sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru, mereka yang akan menang.
2. Amanah dan Bersatu juga mendakwa mereka boleh mencabar kekuatan PAS dan UMNO, hatta jika UMNO dan PAS berkerjasama sekali pun dalam PRU akan datang.
3. Begitulah politik, semua parti yakin akan menang.
**************************
4. Saya harus akui PAS mempunyai sokongan akar umbi yang teguh. Penyokong tegarnya kekal dengan PAS atas alasan PAS adalah parti agama.
5. Begitupun, saya dapati ceramah PAS sudah semakin kurang diminati kerana penceramahnya tidak mampu memberikan gagasan baru untuk memerintah Kelantan ke depan.
6. Amanah dan Bersatu semakin mendapat tempat di hati rakyat, khususnya di kalangan pengundi muda (21-40 tahun), tetapi kepimpinannya tidak padu. Ceramahnya banyak, tetapi penceramahnya orang yang sama dan hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja.
7. UMNO masih sepi dengan kegiatan ceramah, tetapi mempunyai banyak program berfokus. Seperti PAS, UMNO juga mempunyai penyokong tegar dan jentera akar umbi yang kuat.
8. Bagi anak Kelantan yang tinggal di Lembah Kelang pula, mereka pengundi rasional yang memerhati kepada calon dan isu. Penyokong tegar setiap parti sekitar 20% sahaja menjadikan 40% pengundi luar Kelantan ini adalah pengundi atas pagar.
*****************************
9. Dengan senarionya begitu, parti mana yang akan menang?
10. Dengan mengambil kira perpecahan UMNO dan PAS sehingga lahirnya Bersatu dan Amanah, jika berlaku pertandingan tiga penjuru, data yang ada menunjukkan UMNO lebih mempunyai kelebihan.
11. Betul, rakyat kecewa dan marah berat dengan beberapa isu UMNO, khususnya berkaitan dengan kenaikan harga minyak dan kos sara hidup serta rasuah yang sering dilaporkan di dada akhbar.
12. Tetapi dalam konteks Kelantan, terdapat tiga faktor utama yang tetap memberi kelebihan kepada UMNO untuk menang.
(i) kegagalan kerajaan PAS mengatasi masalah rakyat
dan membangunkan Kelantan menyebabkan rakyat
mahukan perubahan kerajaan.
(ii) pemimpin tempatan UMNO lebih peka dengan
masalah dan isu rakyat.
(iii) parti dan kewangan UMNO lebih kukuh untuk
memujuk rakyat dalam kempen pilihan raya.
13. Bagi Bersatu dan Amanah pula, mereka perlu melakukan banyak lagi kerja untuk mendekati rakyat Kelantan secara lebih menyeluruh kerana setakat ini aktivitinya hanya tertumpu di Kelantan Utara sahaja.
14. PAS pula perlu mengubah pendekatan kempen dan ceramahnya jika mahu kembali mendapat tempat di hati rakyat. Isu-isu rakyat perlu dijawab secara berhemah dan berfakta, bukan setakat apa yang PAS lakukan sekarang. Dalam politik, PAS perlu berpijak di alam nyata.
**********************************
15. Pertanyaan saya cuma satu, setelah menang di Kelantan, siapakah Menteri Besar UMNO tersebut?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa