Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 20, 2017

Betul ke alasan ni?

‘Saya tahu Kamarulazman malah isteri diugut’

  | April 19, 2017
Syed Saddiq mencadangkan ugutan terhadap Kamarulzaman dan isteri serta masalah di Negeri Sembilan mungkin faktor pengasas bersama itu meninggalkan parti.
PETALING JAYA: Syed Saddiq Abdul Rahman hari ini mencadangkan peletakan jawatan dan keahlian Kamarulazman Habibur Rahman, salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), mungkin kerana tekanan pihak luar.
Melahirkan rasa kecewa di atas keputusan itu tetapi menghormatinya, ketua pemuda PPBM menambah beliau sedar ada ugutan terhadap Kamarulazman, yang juga seorang guru, dan isterinya, oleh pihak tertentu.
“Saya tahu sebelum ini cikgu telahpun diugut oleh pihak kementerian malah isteri cikgu juga telah diugut,” katanya tanpa memberikan butiran mengenai pelaku.
Syed Saddiq dalam kenyataan menambah masalah di Negeri Sembilan, dimana Kamarulazman diminta menjadi pengerusi negeri, mungkin juga memberi kesan ke atasnya.
Beliau berkata parti yang diasaskan pada Ogos tahun lepas tidak sempurna dan kedudukan kewangan dalam tempoh ini tidak stabil.
“Kami tidak mampu untuk menawarkan jawatan yang berbayar kepada ahli-ahli,” katanya. “Saya sendiri juga tidak dibayar oleh parti, saya perlu mencari sumber kewangan daripada kerja-kerja saya sendiri untuk membiayai kerjaya politik saya.”
Kamarulazman, kini bekas ahli majlis tertinggi PPBM dan ketua bahagian Teluk Kemang, melahirkan rasa kecewa dengan hala tuju parti.
Beliau berkata ia dirampas bekas ahli Umno yang mahu mendapatkan kuasa dan kedudukan.
Beliau mendakwa 821 ahli lain di seluruh negara menyatakan niat untuk meletak keahlian dan akan mengumumkan langkah itu di kemudian hari.
Saddiq dalam kenyataan berkata pelantikannya sebagai ketua pemuda PPBM bukan kerana kronisme dan beliau tidak cuba membodek Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli debat 25 tahun itu berkata sekiranya ada kronisme dalam parti, dirinya tidak akan terpilih sebagai salah seorang dari 7 pengasas bersama, serta ketua pemuda dan ahli majlis pimpinan tertinggi.
Saddiq berkata beliau jarang bertemu Dr Mahathir dan pimpinan lain sebelum menyertai parti itu, dan tidak cuba membodek mereka.

1 comment:

  1. dedak umno walupun kesat sedap kot baru tercabar sikit dah peway pooorrrah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa